Sumpah Orang Minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Sumpah Orang Minyak)
Sumpah Orang Minyak
PengarahP. Ramlee
Penulis
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehTeuku Dja'afar
Dihasilkan olehRun Run Shaw
Dibintangi
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik oleh
  • Yusram
  • P. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 20 April 1958 (1958-04-20)
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Sumpah Orang Minyak adalah sebuah filem seram dan ia mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions. Ia diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Orang Minyak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan filem seram P. Ramlee.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir. Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia. Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan. Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya. Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan.orang minyak yang mengamuk di kampung tualang tiga akhirnya di penjara di dalam botol oleh raja bunian. Akhirnya raja bunian melantik Ali sebagai penjaga untuk menjaga keselamatan Kampung Tualang Tiga.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Asia Pasifik ke-5, 1958 (Manila)
  • Sinematografi Hitam Putih Terbaik - A. Bakar Ali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]