Syukur 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Syukur 21)
Syukur 21
PengarahEddie Pak
Penulis
Lakon layarZack Idris
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 Disember 2000 (2000-12-27) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Bajet3.5 juta
Pecah panggung300 ribu

Syukur 21 ialah sebuah filem cereka sains keagamaan Malaysia 2000 yang dilakonkan oleh Kumpulan Raihan. Antara lokasi penggambaran ialah Putrajaya, Cyberjaya, Jakarta, Surabaya dan Yogyakarta. Filem ini filem pertama menggunakan sistem bunyi SDDS di Malaysia.[1] Ia juga merupakan filem termahal dan termoden tempatan pada ketika itu yang juga telah berjaya memperolehi kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada tahun 2000.[2] Ia telah ditayangkan di seluruh negara Malaysia pada 27 Disember 2000 sempena Hari Raya Aidilfitri.[2]

Syukur 21 diterbitkan oleh syarikat Metrowealth Pictures.[3] Ia ditayangkan serentak di seluruh Asia Tenggara pada tarikh penayangan yang sama seperti di Malaysia; 27 Disember. Berdasarkan akhbar Berita Harian 25 Mei 2000, filem Syukur 21 juga akan dipasarkan ke beberapa negara di timur tengah serta beberapa negara Islam seperti Indonesia.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam teknologi itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
  • Skor Muzik Terbaik - Farihin Abdul Fatah
  • Anugerah Khas Juri - Usaha menampilkan nilai-nilai murni

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM3.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roslen Fadzil (21 November 2000). "Syukur 21 guna tata bunyi SDDS". klik.com.my. Bangkok: Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2008.
  2. ^ a b Hardi Effendi Yaacob (21 Disember 2000). "LPFM lulus tayangan Syukur 21". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2008.
  3. ^ Hardi Effendi Yaacob (17 Januari 2001). "Syukur 21 sedia hadapi lanun". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  4. ^ Mokhtar Alias (25 Mei 2001). "Filem Syukur 21 ke Timur Tengah". klik.com.my. Yogyakarta: Berita Harian. Dicapai pada 15 Julai 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]