Final Fantasy
Final Fantasy (ファイナルファンタジー Fainaru Fantajī?) merupakan satu francais media yang dicipta oleh Hironobu Sakaguchi dan dimiliki oleh Square Enix yang merangkumi permainan video, filem dan barang dagangan lain. Siri ini bermula pada 1987 sebagai satu permainan video konsol berperanan eponim yang dihasilkan oleh Square, mewujudkan satu siri permainan video yang telah menyelamatkan Square dari muflis dan kemudian menjadi fokus utama syarikat ini.[1][2] Sejak itu, francais Final Fantasy telah berkembang ke platform dan genre lain, seperti RPG bertaktik,[3] permainan mudah alih, MMORPG, dan permainan untuk telefon bimbit. Sehingga Mac 2007, terdapat 28 permainan dalam francais ini,[4] dengan tiga permainan baharu dalam siri Final Fantasy XIII yang dijangka keluar pada 31 Mei 2010. Siri ini telah mendorong pengeluaran tiga anime, dua filem CGI masa nyata, dan beberapa padanan kesusasteraan.
Isi kandungan |
Senarai permainan [sunting]
Siri pertama Final Fantasy mula dilancarkan di Jepun pada 18 Disember 1987. Setiap tajuk permainan diberikan nombor serta jalan cerita yang berbeza. Sejak versi asal dikeluarkan, sudah banyak permainan Final Fantasy yang telah disesuaikan bagi pasaran Amerika Utara, Eropah dan Australia untuk pelbagai platformkonsol permainan video, komputer peribadi dan telefon bimbit. Keluaran akan datang bakal diterbitkan untuk konsol permainan video generasi ketujuh; dua daripadanya adalah untuk konsol PlayStation 3 termasuklah Final Fantasy XIII dan Final Fantasy Versus XIII. Setakat Mac 2007, terdapat 28 siri permainan Final Fantasy.[4] Angka tersebut termasuklah siri asal Final Fantasy sehinggalah Final Fantasy XII, termasuklah sambungan (sequel) serta kisah sampingan. Beberapa siri lama telah dilancarkan semula pada pelbagai platform permainan video.
Siri utama [sunting]
- Final Fantasy I
- Final Fantasy II
- Final Fantasy III
- Final Fantasy IV
- Final Fantasy V
- Final Fantasy VI
- Final Fantasy VII
- Final Fantasy VIII
- Final Fantasy IX
- Final Fantasy X
- Final Fantasy XI
- Final Fantasy XII
- Final Fantasy XIII
Rujukan [sunting]
- ↑ "Final Frontiers", Edge (Future Publishing) (177): 72-79, July 2007
- ↑ Berardini, César A. (2006-04-26). "An Introduction to Square-Enix". TeamXbox. IGN. http://features.teamxbox.com/xbox/1554/An-Introduction-to-SquareEnix/p2/.
- ↑ Koehler, Paul. "How To Speak Daravonese". RPGamer.com. http://www.rpgamer.com/games/ff/fft/reviews/fftstrev3.html. Capaian 2007-10-14.
- ↑ 4.0 4.1 Lee, Garnett (2007-03-08). "GDC 2007: The Long Development of Final Fantasy XII". 1UP.com. http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3157884. Capaian 2007-09-28.
Pautan luar [sunting]
- Tapak rasmi Final Fantasy Square Enix
- Tapak rasmi Final Fantasy Square Enix (Bahasa Jepun)
- Permainan Final Fantasy di Projek Direktori Terbuka
- Wiki Final Fantasy
|
|||||||||||