Final Fantasy XII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Final Fantasy XII
Logo Final Fantasy XII
Pembangun Square Enix
Penerbit Square Enix
Ubisoft Entertainment (EU)
Pereka Yasumi Matsuno (konsep asal)
Akitoshi Kawazu (penerbit eksekutif)
Hiroshi Minagawa (pengarah)
Hiroyuki Itō (pengarah rekabentuk)
Daisuke Watanabe (penulis senario)
Hitoshi Sakimoto (komposer muzik)
Yoshitaka Amano (illustrasi, pereka logo)
Akihiko Yoshida (perekabentuk watak)
Siri Siri Final Fantasy
Nisbah bidang 480i (SDTV)
Pelantar PlayStation 2
Tarikh keluaran JPN Mac 16, 2006
NA Oktober 31, 2006[1]
AUS Februari 22, 2007
EUR Februari 23, 2007[2]
INT August 9, 2007[3]
Genre Permainan RPG Konsol
Mod Seorang pemain
Penilaian CERO: A (All Ages)
ESRB: T (Teen) (13+)
OFLC (AU): M (15+)
PEGI: 16+
USK: 12+
Bahantara DVD-ROM
Kaedah input DualShock Controller

Final Fantasy XII (ファイナルファンタジーXII Fainaru Fantajī Towerubu?) ialah sebuah permainan video konsol untuk PlayStation 2 yang direka dan diterbitkan oleh syarikat permainan video Square Enix dan merupakan siri yang ke-12 dalam siri permainan Final Fantasy. Ia telah diterbitkan pada tahun 2006 dan merupakan tajuk permainan perseorangan pertama siri ini dalam masa 5 tahun. Dijual sebanyak 2 juta salinan di Jepun, ia merupakan permainan video PlayStation 2 ke-empat paling laris dalam tahun 2006.

Penceritaan permainan ini berlaku di sebuah dunia fiksyen bernama Ivalice, dimana dua empayar, Rozarria dan Archadia terlibat dalam kancah peperangan yang tidak berkesudahan. Dalmasca, sebuah negara kecil, telah tersepit di dalam konflik tersebut. Apabila Archadia menceroboh dan menakluk Dalmasca, puterinya, Ashe, menubuhkan sebuah pergerakan penentang. Dalam perjuangannya dia telah bertemu dengan Vaan, seorang pemuda yang mempunyai sebuah impian untuk mempunyai pesawat terbangnya sendiri. Mereka juga disertai oleh sekutu-sekutu yang sama-sama berjuang menegakkan keadlian menentang kezaliman Empayar Archadia.

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Final Fantasy XII memperkenalkan beberapa inovasi baru kepada siri permainan tersebut: pertempuran berlaku tanpa perlu berpindah ke skrin berasingan; sistem "gambit" yang mengawal watak-watak secara automatik, dan sistem "license" yang menentukan kebolehan dan kelengkapan yang boleh digunakan oleh watak-watak dalam permainan tersebut. Final Fantasy XII juga disertakan dengan elemen-elemen dari siri-siri permainan terdahulu, seperti raksasa-raksasa seruan, Chocobo, dan pesawat-pesawat udara. Permainan ini telah mendapat skor-skor tinggi dalam reviu, dan memperoleh pengiktirafan sebagai "Permainan Tahun Ini" dari pelbagai reviu permainan video. Sebuah sekuel, "Final Fantasy XII Revenant Wings", akan diterbitkan untuk Nintendo DS.

Didalam permainan ini, pemain akan mengawal secara terus watak didalam skrin dari pandangan pihak ketiga untuk berinteraksi dengan orang, objek dan musuh. Tidak seperti permainan terdahulu, pemain boleh mengawai kamera dengan stik analog kanan, membolehkan pandangan sekeliling 360 darjah. Di dalam bandar dan pekan, pemain hanya boleh melihat melalui perspektif Vaan, walaupun watak-watak lain boleh dikawal semasa pertempuran. Dunia Final Fantasy XII telah dipersembah dalam skala asal mengikut saiz watak-watak, tidak sebagai karikatur watak berjalan dalam muka bumi miniatur. Pemain bergerak di dalam dunia dengan berjalan kaki, dengan burung Chocobo, atau dengan pesawat udara. Pemain boleh menyimpan memori permainan kedalam kad memori dengan menggunakan "save crystal", kristal memori, dan juga bergerak ke satu-satu lokasi menggunakan "gate crystals", kristal teleportasi. Sebuah "bestiary" menyimpan maklumat berkaitan dunia Final Fantasy XII.

Plot[sunting | sunting sumber]

Final Fantasy XII berlaku di sebuah wilayah bernama Ivalice, di satu masa dimana "magik adalah sesuatu yang biasa" dan "pesawat udara memenuhi langit". Ivalice terbahagi kepada tiga benua; Ordalia, Valendia dan Kerwon. Empayar Rozarria terletak di Ordalia, dan Empayar Archadia di Valendia. Peperangan diantara dua empayar ini telah melibatkan Dalmasca, sebuah negara yang terletak diantara dua benua dan empayar tersebut.

Enam watak pemain dalam permainan ini ialah Vaan, seorang yatim piatu dari ibu negara Dalmasca iaitu Rabanastre, yang mengimpikan pesawat udara sendiri; Ashe, seorang puteri berjiwa tabah yang kehilangan suaminya Rasler yang terkorban dalam pencerobahan Archadia; Basch, seorang pahlawan yang dikatakan pembelot kerana membunuh raja Dalmasca; Balthier, seorang lelaki beradab dan juruterbang pesawat udaranya Strahl; Fran, rakan seperjuangan Balthier yang merupakan seorang Viera (bangsa seakan-akan campuran manusia dan arnab); dan Penelo, rakan Vaan dari kecil yang rapat dengannya.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Rekaan Final Fantasy XII dimulakan dari tahun 2001. Pencipta Final Fantasy Tactics, Yasumi Matsuno, dipilih sebagai penerbit dan pengarah, namun terpaksa berundur atas masalah kesihatan. Hiroyuki Itou dan Hiroshi Minagawa mengambil tempatnya sebagai pengarah dan Akitoshi Kawazu menjadi penerbit eksekutif bersama Youichi Wada.

Semasa proses mengalihbahasa kepada Bahasa Inggeris, Alexander O. Smith, yang telah bekerja menterjemah permainan video Vagrant Story dan Final Fantasy X, dipilih sebagai penterjemah. Smith telah mengekalkan skrip asal yang ditulis Daisuke Watanabe dan Miwa Shoda, tetapi menulis dialog dengan menggunakan loghat dan dialek berlainan mengikut kawasan, contohnya Inggeris British, untuk menunjukkan perbezaan dialek yang terdapat dalam versi Bahasa Jepun.

Audio[sunting | sunting sumber]

Hitoshi Sakimoto merupakan komposer muzik permainan video ini apabila Nobuo Uematsu meninggalkan Square Enix pada tahun 2004. Angela Aki telah menyanyikan lagu tema permainan ini, "Kiss Me Good-bye", yang ditulis oleh Nobuo Uematsu. Taro Hakase, seorang violinis, juga menggubah dan memainkan lagu instrumental permainan ini, "Symphonic Poem "Hope"".

Album muzik ini diterbitkan pada May 31, 2006, dikomposisikan oleh Hitoshi Sakimoto sebanyak 100 tajuk buah lagu dalam 4 CD.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Sejunlah 1,764,266 buah salinan judul Final Fantasy XII dijual dalam minggu pertama di Jepun. Pada bulan Mac 16. 2006, Final Fantasy XII telah menjadi judul permainan video ke-6 yang menerima markah penuh (40/40) dari majalah permainan video Jepun Famitsu, judul permainan video Final Fantasy pertama dan judul Playstation 2 pertama yang menerima pengiktirafan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Square Enix (2006). "FINAL FANTASY XII IN STORES OCTOBER 31, 2006". Diperoleh pada 13 August.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  2. Eurogamer (2007-01-12). "Final Fantasy XII dated". Diperoleh pada 2007-01-19. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan international tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: