Fine TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Fine TV

Fine TV merupakan sistem televisyen interaktif pertama di Malaysia yang mana pengguna boleh memilih rancangan yang mereka suka bila-bila masa tanpa menunggu waktu siaran. Fine TV dilancarkan pada tahun 2005.

FINE TV dimajukan Network Guidance Sdn Bhd, salah satu anak syarikat Eurofine Sdn Bhd. Idea memperkenalkan Fine TV timbul semasa sesi bertukar-tukar fikiran (brainstorming) pada 1995.

Dari sesi itu, timbullah idea bagaimana orang lebih senang menonton TV pada masa akan datang. Kemudian tercetus cadangan mengenai saluran TV yang boleh disiarkan menerusi talian telefon dan ketika itu, teknologi sedang dimajukan di Amerika Syarikat oleh syarikat telekomunikasi negara itu, AT&T, Dell, Warner dan Microsoft.

Tempoh ujian Fine TV ini berlanjutan sehingga 2003. Ujian itu membabitkan Telekom yang pada masa itu kurang yakin dengan teknologi ini. Ujian siaran Fine TV akhirnya berjaya dilakukan di sekitar Subang Jaya dan Kelana Jaya, dan ia dilancarkan tahun 2005.

Fine TV menawarkan 19 saluran mengandungi program hiburan, beraneka jenis drama, filem, kartun dan berita selain bahan interaktif lain seperti internet, maklumat untuk membeli belah dan pendidikan.Operasi Fine TV menggunakan dua kaedah iaitu, pertama dikenali sebagai ADSC Broadband Line iaitu menerusi talian tetap Telekom manakala keduanya menerusi sistem tanpa wayar bagi kawasan yang tidak talian tetap.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]