Firdaus
Firdaus merupakan sebuah nama yang berasal dari perkataan Arab, iaitu "Al-Firdausi" yang membawa maksud dan yang dirujuk kepada syurga ketujuh, syurga peringkat tertinggi.
Nama ini mewakili kemuncak keindahan dalam segala perkataan dalam semua bahasa di alam semesta ini. Konsep Firdaus mewakili keindahan 'kamil' hasil ciptaan yang Maha Esa ke atas penciptaan dan kejadian yang tidak dapat digambarkan, iaitu syurga yang dinamakan Al-firdausi ini.
Isi kandungan |
[sunting] Dalil Al-Quran tentang Syurga Firdaus
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Kahfi:
| “ | Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (108) |
” |
[sunting] Dalil Al-Quran syarat ke Syurga Firdaus
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Qaf:
| “ | Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) |
” |
[sunting] Rujukan
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan
- http://www.quranexplorer.com/quran/