Fizz Fairuz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fizz Fairuz

Fizz pada 2015.
Kelahiran
Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin

(1979-10-22) 22 Oktober 1979 (umur 44)
PekerjaanPelakon, ahli perniagaan, pengarah, penerbit, penyampai radio[1]
Tahun aktif2006–kini
MajikanStar Media Radio Group (2024-kini)
PasanganDatin Almy Nadia (k. 2014)
Anak-anak4 (termasuk 1 anak angkat)

Dato' Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016).[3] Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.[4]

Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara.[5] Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata dan satu anak angkat.[6]

Kehidupan awal

Fizz dilahirkan pada 22 Oktober 1979 di Raub, Pahang dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang. Beliau merupakan anak keempat. Beliau menerima pendidikan awal dan seterusnya di peringkat menengah, Fizz berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[perlu rujukan]

Kerjaya

2006–2010: Permulaan kerjaya

Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon lagak ngeri dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diasah menjadi pelakon terkenal dan membintangi filem pertamanya, Castello arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor yang ditayangkan pada 5 Januari 2006. Drama pertama lakonan Fizz ialah Dua Hati yang dibintangi oleh Linda Rafar dan Jue Aziz.[7]

Orang Minyak arahan Jamal Maarif dan CK Karan, menyaksikan Fizz menjayakan watak sebagai Munir. Filem ini ditayangkan pada 25 November 2007, dan merupakan satu kegagalan komersial.[8] Fizz kemudiannya memegang watak sebagai Lut dalam filem drama aksi Anak Halal arahan Osman Ali lakonan Farid Kamil, Maya Karin dan Fasha Sandha yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.[9]

Pada tahun 2008 sahaja, Fizz tidak berlakon filem, sebaliknya lebih fokus kepada drama dan telefilem. Beliau berlakon bersama Emelda Rosmila yang melakonkan dua watak dalam drama Kekasihku Seru. Dalam drama ini, beliau menjayakan watak sebagai Rashad yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya.[10][11] Selepas Kekasihku Seru, Fizz menjayakan watak sebagai Umar dalam drama Akukah Tanggang? lakonan Adi Putra yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Almy Nadia dan Fauziah Nawi.[12]

Satu-satunya filem lakonan Fizz dalam tahun 2009 ialah Syurga Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. Sepanjang 2009, beliau lebih banyak berlakon drama dan telefilem.

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Niyang Rapik yang turut dibintangi oleh Kamal Adli dan Liyana Jasmay; Fizz menjayakan watak sebagai Zack.[13] Beliau mencapai kejayaan berganda menerusi drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia lakonan bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[14] Dalam drama ini, Fizz memegang watak Aidil, seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya dan mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga ialah seorang anak dan abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya.[15] Beliau kembali menjayakan watak lakonannya dalam filem Nur Kasih The Movie yang ditayangkan pada 19 Mei 2011.[16]

2011–2014: Kejayaan awal

Pada 19 Jun 2011, Fizz menjadi pelakon utama bersama Fathia Latiff yang memegang watak Amni Sorfina dalam drama adaptasi novel karya Nurull Halawati, Stanza Cinta. Beliau menjayakan watak sebagai Taufiq.[17] Sepanjang 2011, Fizz berlakon dalam lima telefilem, antaranya ialah Mencari Bidadari dan Langkah Bendul.

Tahun 2012 menjadi tahun kecemerlangan Fizz dalam kerjaya filemnya, dengan keluaran lima filem cereka yang ditayangkan. Yang pertama daripada kelima-lima filem ini ialah drama komedi romantik Cinta Kura-Kura lakonan bersama Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan lakonan suara Zizan Razak. Fizz memegang watak sebagai Fadzly, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan.[18] Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan Fizz menerima pencalonan kategori Anugerah Penjahat Terhebat di Anugerah Blokbuster 2013. Dalam filem drama aksi Jiwa Taiko arahan Osman Ali, Fizz memegang watak sebagai Freez, rakan karib Firman lakonan Remy Ishak. Filem yang pada asalnya menggunakan tajuk Bara Jiwa sebelum bertukar tajuk kepada Jiwa Taiko ditayangkan pada 14 Jun 2012.[19] Beliau seterusnya menjayakan watak Johan dalam filem drama fantasi biografi 29 Februari arahan Edry Abdul Halim lakonan Remy Ishak yang mengisahkan Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari. Mohd al-Qayum Azizi daripada mStar Online memuji penerapan filem-filem arkib dalam filem ini walaupun tidak sempurna.[20]

Fizz kemudian berlakon bersama Zizan Razak dan Remy Ishak dalam filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai yang mana beliau memegang watak sebagai Ibrahim, rakan karib Ajib lakonan Zizan. Filem ini merupakan kejayaan komersial.[21][22]

Selain itu, Fizz menjayakan peranan pembantu dalam filem arahan V. Nagaraj lakonan Hairul Azreen dan Faralyna Idris, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan daripada filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Haikal, abang sulung Lisa lakonan Faralyna.[23] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, dan Bella Dally.

Beliau kemudian muncul dalam filem Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Izzue Islam, Fizz melakonkan watak Johari/Johanna. Filem ini mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie lakonan Nelydia.[24][25] Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014 serta diterbitkan oleh Showbiz Productions.[26]

Bersama Lisa Surihani, beliau membintangi filem seram suspens-seram arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati, memegang watak sebagai Shahrul.[27] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkririk filem.[perlu rujukan]

2015–kini: Pengiktirafan meluas

Fizz menjayakan dua watak, iaitu Inspektor Adam dan SuperBro dalam filem aksi komedi adiwira Cicakman 3[28] arahan bersama Yusry KRU dan Ghaz Abu Bakar. Filem yang mula ditayangkan di pawagam pada 12 Mac 2015 ini turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani. Fizz berkata mengenai watak lakonannya: "Saya memang sudah lama idamkan untuk terlibat dalam filem adiwira seperti ini. Watak saya terlibat dalam banyak konflik yang melibatkan perasaan. Apa yang boleh saya cakap memang agak meletihkan tetapi saya seronok kerana saya telah melepaskan beberapa tawaran lakonan demi watak Inspektor Adam."[29]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fizz memegang watak Ustaz Azman, rakan karib Ustaz Adam lakonan Syamsul dalam filem seram pecah panggung Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari 2016.[30] Filem ini menyaksikan beliau digandingkan bersama Nabila Huda selepas berlakon bersama dalam filem Bisikan Syaitan (2013).[31] Selain itu, beliau juga berlakon dalam dua drama televisyen, Inikah Cinta lakonan Niezam Zaidi dan Farah Nabilah[32] serta Singgahsana Cinta lakonan Ana Dahlia dan Dazrin Kamarudin.[33]

Fizz berlakon di samping Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta arahan Raja Ahmad Alauddin. Dalam filem seram psikologi Hospital arahan Azaromi Ghozali, beliau melakonkan watak doktor pakar bernama Farid. Shazryn Mohd Faizal daripada mStar Online melihat filem ini tidak diperkuat seperti mana sepatutnya ia dilakukan.[34] Beliau dikhabarkan bakal menghasilkan semula filem Nur Kasih The Movie sebagai karya sulungnya.[35]

Fizz memegang watak sebagai Raizal dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Drama yang diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan liku akibat dosa lampau ibu bapa mereka.[36] Beliau kembali menjayakan peranannya sebagai Azman dalam kesinambungan filem Munafik, Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[37]

Menerusi drama Kamar Kamariah arahan Raja Ahmad Alauddin, beliau memegang watak sebagai Murad, seorang pemuda yang dipaksa berkahwin dengan Kamariah lakonan Nabila Huda. Pelakon lain yang terlibat termasuk Syafie Naswip, Tasha Shilla dan Aidil Aziz.[38]

Beliau kini sedang mempersiapkan filem pertama terbitannya yang bergenre kerohanian. Untuk projek ini, beliau bekerjasama dengan Syamsul Yusof dan penggambaran dijangka bermula pada Oktober.[39]

Aktiviti

Selain kerjaya lakonan, Fizz juga bergiat aktif mempromosikan kebudayaan di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur. Beliau juga menganjurkan acara dan konsert menerusi syarikat pengurusan acara miliknya, Rain Maker Creations Sdn. Bhd. bagi mempromosikan semuanya berkaitan dengan Pahang.[40] Ditanya mengenai hasil kerja keras beliau bagi mempromosikan Pahang hingga dikurniakan gelaran Datuk, Fizz berkata: "Saya berasal dari Raub, mungkin orang tidak menyedari hal ini tetapi saya telah melakukan banyak kerja untuk mempromosikan pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang. Saya harap masyarakat memahami mengapa saya diberi pengiktirafan ini."[4]

Kehidupan peribadi

Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014.[41][42] Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.[43] Mereka dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat pada kira-kira jam 5 petang.[44] Mereka dikurniakan tiga anak perempuan, Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra, dan satu anak angkat, Afrina Darwisyah.

Bapanya, Zainal Abidin Akih meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 Mei 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 65 tahun.[45][46]

Fizz juga mempunyai hobi bermain bola sepak. Ketika berusia 17 tahun pada tahun 1996, beliau pernah mengalami kecederaan di lutut semasa latihan bagi pemilihan pemain di Sukan Malaysia (SUKMA).[47]

Sekitar 2015, beliau dikaitkan dengan seorang pelakon baru, Fara Mendoza.[48] Bagaimanapun, Fizz menjelaskan beliau tidak mengenali atau pernah bertemu dengan Fara berhubung namanya dikaitkan dengan paparan skrin mesej perbualan menerusi laman sosial WeChat.[49][50]

Pada 7 April 2019, Fizz mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan isu khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu. Beliau membuat laporan polis pada 16 April di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung akaun media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkhalwat. Beliau mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian.[51][52][53]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Castello Kuncu Sepet Filem pertama
2007 Anak Halal Lut
Orang Minyak Munir
2009 Syurga Cinta Zainal
2010 Niyang Rapik Zack
2011 Nur Kasih The Movie Ustaz Aidil
2012 Cinta Kura Kura Fadzly
Jiwa Taiko Freez
29 Februari Johan
Hantu Kapcai Ibrahim
Pontianak vs Orang Minyak Hentak
Kahwin 5 Rahim
2013 Bisikan Syaitan Kamil
Gila-Gila Remaja 2 Haikal
Pecah Inspektor Haikal
Tanda Putera Arshad Ayub Pelakon undangan
2014 Mat Tudung Johari / Johanna
Dollah Superstar Lalat
Dendam Orang Mati Shahrul
2015 Cicakman 3 Inspektor Adam Faiz / Super-Bro
2016 Munafik Ustaz Azman
2017 Hospital Dr. Farid
2018 Munafik 2 Ustaz Azman
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Pak Kulim
2022 Seratus Penampilan khas
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Bintara Muda (M) Norman
Mat Tudung Begins Johari / Johanna Juga sebagai pengarah dan penerbit
TBA Munafik 3 Ustaz Azman Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Dua Hati Feroz TV3 Drama pertama
2007 Kaizer Zack
Kaber Hero Kaber Zero
2008 Impak Maksima the Series Loyai
Kekasihku Seru Rashad
Akukah Tanggang? Umar
KL Menjerit The Series Norman Astro Ria
2009 A.D.A.M. Akmal TV2
Anum Khir
Sonata Labu Labi The Series Labi Astro Warna
Anak Betong Jagat TV3
Cucu Betong
2010 Jangan Bunuh Matahariku Amar TV2
Roh Kembali... Zaidi TV3
Nur Kasih Aidil
Pasukan Gerakan Marin DSP Haikal TV9
2010–2011 Ayoub Wan Aidil TV3
2011 Stanza Cinta Taufiq
2011–2012 Karma Ustaz Haikal TV9
2012 Hotel Hasanah Omar TV AlHijrah
Waris Rashad TV3
Aishiteru Azmi TV9
2013 Cinta Kau Dan Aku Farish Hakimi TV1
Sedetik Cinta Iskandar TV3
Nur Kasih Di Jabal Rahmah Ustaz Fikri TV1
2014 Mencari Cinta Razlan
Menantu Sepuluh Ribu Ikhwan TV3
Tanah Kubur (Musim 9) Samad Astro Oasis Episod: "Isteri Mithali"
2015 Kasih Jasmin Zamir TV1
Kasih Malisa Adib
Janda Muslimah Ustaz Raykal TV2
Kifarah Mistik TV3 Episod: "Saka"
2016 Inikah Cinta Mizan
Singgahsana Cinta Taufiq TV1
Ahli Mesyuarat Tingkap Nazli TV3
Tanah Kubur (Musim 15) Saiful Astro Oasis Episod: "Saksi Palsu"
2017 Ku Kirim Cinta Nordin TV3
2018 Kekasih Paksa Rela Yusman
Matahari Cerah Lagi Basyir TV Okey
Cinta Tiada Ganti Raizal Astro Prima Adaptasi drama Filipina
2019 Cerita Dalam Kain Jamil Episod: "Suamiku Pondan"
Kamar Kamariah Murad TV3
Jodoh-Jodoh Annisa Rykarl Astro Prima
Seputih Cinta Rangbulan Taufiq TV Okey
4 Penjuru Along @ Arie Astro Citra
Perempuan Tepi Jalan Datuk Rizlan Hypp Sensasi
Kampung People Ejen Shukri TV3
2020 Tolong Sempurnakan Cerita Mami Aun Adwa Astro Ria
Ironi Kasih Megat TV3
Syurga Untukmu Eizlan
Kampung People 2 Ejen Shukri
Tanya Sama Pokok Kama Kompang Astro Warna
Sang Pewaris Dr. Mahfuz TV3
2021 Ahli Bapak Bapak Club Qadir Astro Ria
Cinta Yang Pulang Datuk Saziman TV2
Dia Isteriku Bahar TV AlHijrah
Malaysian Ghost Stories Sufian Astro Ria Episod "Misteri Topeng Barongan"
2022 Aku Pilih Bahagia Aidan TV1
Ratu Ten Pin 2: Shalin Coach Mustaqim Astro Ria
Roti Cicah Susu Iskandar

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Kenangan Semalam Izwan Astro Prima
2007 Kasih Tania Azmi TV1
2008 Demi Masa Zahid TV3
Tak Serupa Tapi Sama Nusri
2009 Sonata Labu Labi Labi Astro Prima
Restu Mentua Asri TV3
Mabuk Estrogen Awang Astro Ria
Nahi Mungkar Baha TV1
Kontrak Cinta Rashid TV3
Tuntutan Maut Inspektor Razlan
2010 Selamat Datang Anak-anak Suamiku Elyas
Kebun Getah Tok Ayah Joey TV2
Donut Syakir Astro Ria
Cinta D'Butt Badrul TV3
Dari Mersing Ke Manchester Hisham TV1
Ranjau Berduri Johan TV2
Dunia Batinku Zainal TV3
Serapuh Arang Farid
Semua Nak A Je Meor
Rawan Seorang Perempuan Bakhtiar
2011 21 Hari Rusdi
Mencari Bidadari Hakim TV1
Mesej Terakhir Adam TV3
Harapan Azman Astro Prima
Langkah Bendul Nash Astro Warna
Banyak Songeh Nik
2012 Sejadah Putih Musa Astro Oasis
Menantu B+ Anas TV9
Tiga Jumaat Terakhir Aril TV3
Perempuan Neraka Hashim
Pelita Buluh Tok Wan Azman
Kasih Andak Shah Astro Prima
2013 Takbur Mama Sani TV3
Artis Pun Bertuhan TV9
Mulut Murai Tempayan Farid Astro Prima
2014 Pintu Lain Ke Syurga Nasir TV3
Luth Mahfuz Haziq
Berikan Aku Jilbab Ustaz Iskandar
Baju Raya Yaya Omar
Insaf TV1
Mat Gedebe Ali TV9
2015 Firdaus Kamarul TV3
Along Taufiq
Hantu Mertuaku Halim Astro Ria
Khilaf Seorang Isteri Reza TV9
Kecoh Kecoh Raya Hisham TV1
Mama Zoomba Zack Astro Ria
2016 Kulit Fadhil Astro Citra
Anak Arman TV2
Menanti Awan
Antara Dua Hari Raya Rafidi TV1
Karlisa Tuan Bahrin TV3
2017 Musafir Lalu Chon TV9
Anak Kerak ASP Ashraf Astro Citra
Selimut Merdeka Mohd Merdeka Muda TV3
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Johan Astro First Eksklusif
Bebaskan Anak Kita Sidek TV3
2019 Masihkah Ada Raya Buatku Zul
Pulangkan Syawalku Nizam TV2
Budok Kuba Zali Astro Citra
2020 Mak... Nak Peluk Boleh Arul TV3
2021 Penunggu Soldorm Cikgu Azizi Astro Citra
2022 Mendung Berlalu Budi TV1
2023 Cucu Wan TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri TV3 bersama suaminya Almy Nadia
2024 Saya Puasalah! Dirinya sendiri Astro Ria bersama Aurora & Arya

Iklan

Tahun Tajuk
2010 Hentikan Panggilan Palsu

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
19 Januari 2024 - kini Morning Morning Suria Suria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2009
Anugerah Skrin ke–13
Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Tak Serupa Tapi Sama Tercalon
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Menang
2015
Festival Filem Malaysia ke–27
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rock Oo! Tercalon
2019
Anugerah Skrin ke–24
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Kamar Kamariah Menang

Penghargaan

Pada 27 Januari 2018, Fizz menjadi salah seorang daripada 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.[54][55]

Penghargaan Malaysia

Rujukan

  1. ^ Marina Sahabudin (26 Mei 2016). Fizz Fairuz fokus perniagaan Sinar Harian. Dicapai pada 25 September 2016.
  2. ^ Zaidi Mohamad (16 April 2016). Fizz Fairuz akur putaran hidup Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2018.
  3. ^ Fizz Fairuz akui susah nak dapat watak utama Astro Awani (27 Julai 2018). Dicapai pada 25 September 2018.
  4. ^ a b Tourism efforts by actor Fizz Fairuz lead to Datukship New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2018.
  5. ^ "Sibuk urus syarikat". Berita Harian. 21 Januari 2016. Dicapai pada 22 Jun 2017 – melalui Pressreader.
  6. ^ Syanty Octavia Amry (21 Januari 2016). "Fizz luah rasa kecewa". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  7. ^ 2 Hati duga kesetiaan persahabatan Diarkibkan 2018-08-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia (22 Julai 2006). Diperoleh pada 28 September 2017.
  8. ^ Orang Minyak: The Oily Man haunt Malaysian cinemas again after decades Screen Anarchy (22 Oktober 2007). Diperoleh pada 28 September 2010.
  9. ^ Wanda Idris (17 Julai 2006). Anak Halal papar gejala sosial masyarakat Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mac 2014.
  10. ^ "Seramnya Kekasihku Seru". Utusan Malaysia. 27 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-30. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  11. ^ Kamarulzaman, K. (20 Julai 2008). "Kekasihku Seru dalam slot Seram TV3". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-18. Dicapai pada 2008-09-27.
  12. ^ Akukah Tanggang & Mahsuri bakal ditayangkan di TV3 Sensasi Selebriti (22 Julai 2008). Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
  13. ^ Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik Diarkibkan 2018-10-05 di Wayback Machine Utusan Malaysia (22 Februari 2010). Dicapai pada 22 Februari 2010.
  14. ^ Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang Diarkibkan 2013-11-01 di Wayback Machine. mStar Online. December 1, 2009. Retrieved 5 Disember 2009.
  15. ^ "5 juta dijangka tonton episod akhir Nur Kasih". Utusan Malaysia. 27 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-06. Dicapai pada 27 November 2009. 3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam
  16. ^ Trailer pertama Nur Kasih The Movie. rotikaya. 17 December 2010. Retrieved 27 January 2011.
  17. ^ Poise and polish The Star Online (12 Julai 2011). Diperoleh pada 16 Oktober 2011.
  18. ^ (Melayu) Teknologi CGI 3D Dalam Filem Cinta Kura Kura Diarkibkan 2012-01-18 di Wayback Machine. Murai. 11 November 2011. Retrieved 19 November 2011.
  19. ^ Budiey (4 Mei 2012). "Dulu Bara Jiwa Kini Jiwa Taiko". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
  20. ^ '29 Februari' Tiada Kaitan Dengan Patriotik[pautan mati kekal], mStar Online, 29 Ogos 2012. Dicapai pada 3 Sep 2012.
  21. ^ "Hantu Kapcai cerita selepas mati". Kosmo!. 7 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 5 Mac 2013.
  22. ^ Feride Hikmet Atak (17 Jun 2013). "Nilai Seni & Komersial Resipi Kejayaan 'Hantu Kapcai'". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Julai 2013.
  23. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  24. ^ Mohd Al Qayum Azizi (16 Julai 2014). "Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  25. ^ Dennis Chua (25 Julai 2014). "Fizz sizzles as Johanna". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  26. ^ Nurfarhana Mohamed (15 Julai 2014). "Mat Tudung, buat pecah perut". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  27. ^ Dendam Orang Mati : Lisa Surihani Atau Fizz Fairuz Yang Psycho? Oh Bulan!. 8 Oktober 2014.
  28. ^ "Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz". KOSMO!. 30 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 29 November 2015.
  29. ^ Haryati Karim (22 Februari 2014). Cicakman 3 penuh konflik Diarkibkan 2018-07-12 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 28 Oktober 2014.
  30. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  31. ^ Zaidi Mohamad (18 Ogos 2018). "Nabila 'heroin' terbaik Malaysia - Fizz Fairuz". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2018.
  32. ^ Drama INIKAH CINTA Lakonan Farah Nabila & Niezam Zaidi Sensasi Selebriti (12 Februari 2016). Dicapai pada 12 Februari 2016.
  33. ^ Dugaan Bermadu Dalam Drama Bersiri “Singgahsana Cinta”, di TV1[pautan mati kekal] RTM (5 Januari 2017). Dicapai pada 5 Januari 2017.
  34. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 April 2017). Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan 'Hospital' - Wayang. Diarkibkan 2018-11-09 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  35. ^ Hanisah Selamat (8 Februari 2018). "Fizz Fairuz mahu hasilkan semula Nur Kasih". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  36. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  37. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  38. ^ Menyerlah watak hitam Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2019.
  39. ^ Syanty Octavia Amry (19 Julai 2019). Fizz Fairuz cari kesesuaian Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  40. ^ Farhana Ab Rahman (25 Julai 2016). "Fizz mahu berbakti di negeri kelahiran". Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2018.
  41. ^ Budiey (26 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Nikah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  42. ^ Ana Ghoib (26 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia selamat disatukan". Malaysian Review. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  43. ^ Aida Sue (22 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia bakal berkahwin sabtu depan". Wanista. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  44. ^ Mohd Rosli, Syajaratulhuda (6 Jun 2016). "Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat disatukan". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Jun 2016.
  45. ^ "Bapa Fizz Fairuz meninggal dunia". Utusan Malaysia. 7 Mei 2008. Dicapai pada 18 Oktober 2010.
  46. ^ "Actor Fizz Fairuz's father dies". The Star Online. 7 Mei 2008. Dicapai pada 18 Oktober 2010.
  47. ^ "'Munafik 2' star Fizz Fairuz is not interested in just being popular". 21 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-25. Dicapai pada 25 September 2018.
  48. ^ Zaidi Mohamad (11 Ogos 2015). "Kenapa Fizz cakap tak kenal saya - Fara Mendoza". Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2015.
  49. ^ Zaidi Mohamad (11 Ogos 2015). "Saya tak kenal wanita itu - Fizz Fairuz". Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2015.
  50. ^ Farhana Ab Rahman (19 Februari 2016). "Fizz Fairuz tekad mahu bebas kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2016.
  51. ^ Farhana Ab Rahman (16 April 2019). "Fizz Fairuz buat laporan polis". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2019.
  52. ^ Norhayati Nordin (15 April 2019). "'Bersemuka dengan saya atau lapor polis esok'- Fizz Fairuz [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2019.
  53. ^ "Fizz Fairuz buat laporan polis terhadap akaun gosip Makcik Puaka". Kosmo!. 16 April 2019. Dicapai pada 16 April 2019.
  54. ^ Nurul Nadira Shaari (27 Januari 2018). "Fizz Fairuz dapat Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 2018-04-22.
  55. ^ Nor Fatihah Ismail (27 Januari 2018). Fizz Fairuz dapat gelaran Dato' Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  56. ^ Wawann Mohd (27 Januari 2018). "Fizz Fairuz dapat Datuk". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-04-22.
  57. ^ "Fizz Fairuz kini bergelar Datuk". Oh! Bulan. 27 Januari 2018. Dicapai pada 2018-04-22.

Pautan luar