Flava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flava
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Tahun aktif 2007–sekarang
Label KRU Music Group
Ahli
Arif Asyraf Mohammed Khalim
Mohd Farouk Abd Razak
Shafiq Hasif Abdul Jalil
Nasnoor Zulfadhli Mohd Nasiruddin

Flava merupakan sebuah kumpulan vokal di Malaysia. Kumpulan ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir Gang Starz, sebuah rancangan realiti televisyen di TV 3. Konsep kumpulan ini adalah 'World Music'.

Flava yang turut dianggotai Arif Asyraf Mohammed Khalim, Mohd Farouk Abd Razak, Shafiq Hasif Abdul Jalil dan Nasnoor Zulfadhli Mohd Nasiruddin ialah kumpulan Malaysia tunggal yang layak ke final sebelum Infinatez terpilih menerusi pusingan wild card.

Pada konsert akhir Gang Starz, Flava berduet bersama Jay Jay menerusi lagu Rindu Bayangan, Dendangan Laguku, Joget Angan Tak Sudah.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk (sebagai runut bunyi Duyung)
  • Berhenti Mencinta (ost Cicakman 2)