Flerovium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
114 ununtriumfleroviumununpentium
Pb

Fl

(Uhq)
Flerovium dalam jadual berkala unsur
Am
Nama, simbol, nombor flerovium, Fl, 114
Kumpulan, kala, blok 147, p
Rupa Tak diketahui
Berat atom biasa [289]g·mol−1
Tatarajah elektron mungkin [Rn] 5f14 6d10 7s2 7p2
(ramalan)
Elektron per petala 2, 8, 18, 32, 32, 18, 4
(ramalan)
Ciri-ciri fizikal
Fasa pepejal (ramalan[1])
Ketumpatan (hampir suhu bilik) 14 (ramalan)[1] g·cm−3
Takat lebur 340 K
(70 °C, 160 (ramalan)[1] °F)
Takat didih 420 K
(150 °C, 300 (ramalan)[1] °F)
Rujukan

Flerovium (dahulunya ununquadium)[2] ialah unsur kimia radioaktif yang bersimbol Fl (dahulunya Uuq) dan nombor atom 114. Ia dinamakan bersempenan ahli fizik Soviet Georgy Flyorov, pengasas Joint Institute for Nuclear Research di Dubna, Rusia, di mana unsur ini ditemui. Namanya diterima IUPAC pada 31 Mei 2012.[3]

Kira-kira 80 reputan atom ununquadium telah diperhatikan setakat ini, 50 secara langsung dan 30 daripada pereputan unsur-unsur ununhexium dan ununoctium yang lebih berat. Semua reputan dikatakan berpunca daripada lima isotop berjiran dengan nombor jisim 285–289. Isotop paling tahan lama yang diketahui kini ialah 289Uuq dengan separuh hayat ~2.6 s, namun wujudnya bukti isomer nuklear, 289bUuq, dengan separuh hayat ~66 s, yang mungkin merupakan antara nukleus yang paling tahan lama dalam kawasan unsur super berat.

Kajian kimia yang dilakukan pada tahun 2007 terang-terang menunjukkan bahawa ununquadium memiliki sifat-sifat bukan eka-plumbum dan kelihatan berlaku sebagai unsur super berat pertama yang memperlihatkan sifat-sifat seakan gas adi disebabkan kesan relativiti.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Seaborg (ca. 2006). "transuranium element (chemical element)". Encyclopædia Britannica. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/603220/transuranium-element. Capaian 2010-03-16. 
  2. J. Chatt (1979). "Recommendations for the Naming of Elements of Atomic Numbers Greater than 100". Pure Appl. Chem. 51: 381–384. doi:10.1351/pac197951020381. 
  3. "Element 114 is Named Flerovium and Element 116 is Named Livermorium". IUPAC. 30 Mei 2012. http://www.iupac.org/news/news-detail/article/element-114-is-named-flerovium-and-element-116-is-named-livermorium.html. 
  4. Gas Phase Chemistry of Superheavy Elements, lecture by Heinz W. Gäggeler, Nov. 2007. Kali terakhir dicapai pada 12 Disember 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]