Florence
"Firenze" dan "Florentine" dialihkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Florentin, Florence (nyahkekaburan) atau Firenze (nyahkekaburan).
| Florence | |||
| Matahari terbenam di Florence | |||
|
|||
| Negara | Itali | ||
|---|---|---|---|
| Daerah | Tuscany | ||
| Wilayah | Wilayah Florence | ||
| Ditubuhkan | 59 SM | ||
| Kerajaan | |||
| - Datuk Bandar | Leonardo Domenici | ||
| Luas | |||
| - Bandar | 39.5 batu persegi (102.4 km²) | ||
| Ketinggian | 787 kaki (+240 m) | ||
| Penduduk (2008)[1] | |||
| - Bandar | 365,744 (ke-8) | ||
| - Kepadatan | 9,251/batu persegi (3,572/km²) | ||
| - Bandar | 696,767 | ||
| - Metro | 1,500,000 | ||
| - Panggilan | Fiorentini | ||
| Zon waktu | CET (UTC+1) | ||
| - Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) | ||
| Poskod | 50100 | ||
| Kod kawasan | 055 | ||
| Santo penaung | John Pembaptis (24 Jun) | ||
| Laman sesawang: www.comune.firenze.it | |||
Florence (bahasa Itali: Firenze /fiˈrɛnʦe/, Itali Lama: Fiorenza, Latin: Florentia) merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Florence dan daerah Tuscany di Itali. Ia merupakan bandar paling ramai penduduk di Tuscany dengan penduduk seramai 364,779 (696,767 di kawasan bandar[2]).
Bandar ini terletak di Sungai Arno dan dikenali dengan sejarah dan kepentingannya semasa Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan, terutamanya karya-karya seni dan seni bina. Sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah, bandar ini sering kali dianggap sebagai tempat lahir Renaissance Itali; secara faktanya, ia telah dipanggil sebagai Athens dari Zaman Pertengahan.[3] Florence berada lama di bawah pemerintahan de facto dari keluarga Medici. Bermula pada 1865 sehingga 1870, bandar ini juga menjadi ibu negara bagi kerajaan Itali.
Pusat bersejarah Florence terus menarik minat jutaan para pelancong pada setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982.
[sunting] Rujukan
- ↑ ISTAT. "Monthly demographic balance January-November 2008". http://demo.istat.it/bilmens2008gen/index_e.html. Capaian 2009-04-27.
- ↑ "CityProfiles". Urban Audit. http://www.urbanaudit.org/CityProfiles.aspx. Capaian 2009-05-05.
- ↑ Profs. Spencer Baynes, L.L.D., and W. Robertson Smith, L.L.D., Encyclopaedia Britannica. Akron, Ohio: The Werner Company, 1907: p.675
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Panoramic Views of Florence |
Florence - Panduan pelancongan daripada Wikitravel.
Templat:Ibu negeri wilayah di Itali
|
|||||