Foals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Foals
Foals ketika membuat persembahan.
Latar belakang
Berasal dari Oxford,  England
Genre Indie rock, math rock, dance-punk
Tahun aktif 2005–Kini
Label Transgressive (UK)
Sub Pop (US)
Kegiatan berkait The Edmund Fitzgerald, Youthmovies
Laman web http://www.foals.co.uk
Ahli
Yannis Philippakis
Jack Bevan
Jimmy Smith
Walter Gervers
Edwin Congreave
Bekas ahli
Andrew Mears

Foals adalah band Rock inggeris dari Oxford, England. Mereka kini bernaung di bawah Transgressive Records di United Kingdom dan Sub Pop di Amerika Syarikat. Mereka mengeluarkan debut album berjudul Antidotes pada 24 Mac 2008 di UK, dan pada 8 April 2008 di AS.[1] Album kedua mereka, Total Life Forever, dikeluarkan pada 10 Mei 2010. Mixtapes pertama kumpulan ini berjudul Tapes dikeluarkan pada 3 Julai 2012 sebagai sebahagian daripada !K7 series. Album ketiga kumpulan ini berjudul Holy Fire dikeluarkan pada 11 Februari 2013. Mereka pernah membuat persembahan di Singapura'".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya ketua kumpulan Youthmovies, Andrew Mears, pada mulanya membentuk kumpulan Foals, bermain sebagai gitaris dan vokalis. Beliau muncul pada single debut kumpulan ini berjudul "Try This on Your Piano/Look at My Furrows of Worry", tetapi untuk jangkamasa yang singkat meninggalkan Foals bagi memberi tumpuan kepada Album debut kumpulan Youthmovies berjudul Good Nature.

Jack Bevan, Lina Simon dan Yannis Philippakis pada asalnya menganggotai kumpulan Rock Matematik, The Edmund Fitzgerald, yang kurang mendapat sambutan ramai. Kumpulan itu dibubarkan, sambil mengakui ia "terlalu serius" dan mereka mahu lebih "keceriaan dalam bermusik".

Walter Gervers dan Jimmy Smith adalah bekas ahli kumpulan dari Oxford bergelar Face Meets Grill. Mereka berjumpa dan membentuk kumpulan di Abingdon Boys School. Mereka membuat persembahan gigs di dalam dan sekitar Oxford, dan merakam sebuah EP di Kingston upon Hull. Selepas bermain di Truck Festival pada 2004 mereka berpecah untuk membina kerjaya dan haluan masing-masing.

Gitaris Jimmy Smith adalah satu-satunya anggota kumpulan Foals yang telah menamatkan pengajian ijazah di Hull University: setiap seorang dari ahli kumpulan Foals telah berhenti dari pengajian apabila mereka mula menandatangani kontrak bersamaTransgressive Records dengan Ben Mackereth.


Pengaruh musik kumpulan ini bervariasi, Mereka mendapat inspirasi dari band-band terdahulu seperti New Wave dan Talking Head dan mencampur aduk pelbagai jenis aliran musik dalam lagu mereka. Mereka gemar menambah elemen tekno, elektronik dan dansa bersama Indie-Rock dalam sesebuah lagu.

Pada awal 2007, kumpulan ini mengeluarkan single Hummer dan Mathletics, kedua-duanya di produce oleh Gareth Parton.[2] "Hummer" later featured on the Channel Four teen drama Skins.

Antidotes[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas tahun 2007 Foals mula menghasilkan album debut mereka di New York. Ianya di produce oleh Dave Sitek dari TV On The Radio. Bagaimanapun, kumpulan itu membuat keputusan untuk menjalankan proses Mix sendiri, Mengakui bahawa Sitek membuat master copy album tersebut berbunyi seperti "ia dirakam di Grand Canyon".[3] Yannis menyatakan dibanyak temuramah bahawa kumpulan Foals dan Dave Sitek mempunyai hubungan baik, walaupun cetakan album yang dihasilkan Sitek telah ditolak oleh Foals. Foals mengeluarkan Album debut mereka, berjudul Antidotes, pada 24 Mac 2008 di UK dan 8 April 2008 di AS. Album berjaya secara komersil di United Kingdom, berada di posisi No. 3 di UK Albums Charts.[4] Mereka juga mendapat kejayaan berskala kecil di negara lain, berada dalam carta di Jepun, Perancis and Belanda.

Total Life Forever[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2009, Foals memulakan rakaman album kedua mereka di Svenska Grammofon Studion, Gothenburg, Sweden. Album berjudul, Total Life Forever itu, disifatkan oleh ahli kumpulan mereka sebagai "tropical prog" dan "seperti mimpi seekor helang yang mati".[5] Kumpulan itu menyifatkan album kedua mereka sebagai "Sangat kurang funk" dari apa yang telah mereka rancangkan sebelumnya.[petikan diperlukan] Album itu dihasilkan oleh Luke Smith. Tajuk album itu diambil sempena teori Ray Kurzweil berkenaan technological singularity. Ketua kumpulan, Yannis Philippakis telah lama berminat dalam futurology, ini dinyatakan dalam beberapa lagu didalam album Total Life Forever.[6]

Pada 1 Mac 2010, single promosi berjudul "Spanish Sahara" dimainkan untuk pertama kalinya di Zane Low's show Radio 1. "Spanish Sahara" muncul di trailer siri TV musim ketujuh Entourage, musim keempat siri Skins, dan TV siri Outcasts. Ia juga digunakan sebagai runut soundtrack musim kedua drama stesyen TV E4 Misfits. Ia dikeluarkan sebagai single fizikal penuh pada september 2010.

Album ini tercalon untuk Anugerah Mercury Prize 2010.[7] Didalam temuramah bersama majalah dalam talian Coup De Main, Jimmy Smith menyatakan bagaimana kumpulan itu hidup bersama ketika dan selepas konsert jelajah – menuju ke Australia untuk merakam demo untuk Album mereka bersama. "Ia seperti membuat perjalanan bersama ahli keluarga, Sungguh Indah".[8]

Holy Fire[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2012, Foals mengumumkan di laman Facebook judul album terbaru mereka adalah Holy Fire.[9] Pada 26 Oktober 2012 Holy Fire diumumkan bakal dikeluarkan di Britain pada 11 Februari 2013. Single pertama album itu berjudul "Inhaler" telah dimainkan diradio pertama kalinya pada 5 November 2012. Mereka memainkan lagu "My Number" pertama kalinya di rancangan Later... with Jools Holland, dan turut akan dimuatkan di album ini.

Pada lewat bulan November hingga pertengahan Disember, Foals menjelajah seluruh UK bagi promosi previu album itu.

Ahli Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli Kini
  • Yannis Philippakis – vocals, guitar, drums (2005–present)
  • Jack Bevan – drums (2005–present)
  • Jimmy Smith – guitar (2005–present)
  • Walter Gervers – bass, backing vocals (2005–present)
  • Edwin Congreave – keyboard, backing vocals (2006–present)
Bekas Ahli
  • Andrew Mears – vocals, guitar (2005–2006)

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio albums[sunting | sunting sumber]

Title Album details Peak chart positions Certifications
(sales thresholds)
UK
[10]
AUS BEL (Vl)
[11]
FRA
[12]
IRE
[13]
NL
[14]
NZ US Heat.
[15]
Antidotes 3 84 20 99 99 28
Total Life Forever 8 79 83 38 25 30
Holy Fire
"—" denotes album that did not chart or was not released

EP[sunting | sunting sumber]

Title Album details
Live At Liars Club
iTunes Live: London Festival '08
Gold Gold Gold
UK B-sides
iTunes Festival: London 2010
Metropolis Session

Single[sunting | sunting sumber]

Year Title Peak chart positions Album
UK
[10]
BEL (Vl)
[11]
NL
[14]
US Alt.
[17]
2006 "Try This On Your Piano /
Look At My Furrows of Worry"
Non-album single
2007 "Hummer"[A] 167
"Mathletics"[A] 109
"Balloons" 39 Antidotes
2008 "Cassius" 26
"Red Socks Pugie" 89
"Olympic Airways" 160
2010 "Spanish Sahara" 123 Total Life Forever
"This Orient" 97
"Miami" 127
"Spanish Sahara" (re-release)
"Blue Blood"
2012 "Inhaler" 28 Holy Fire
"My Number" 34 83
"—" denotes single that did not chart or was not released
Notes
  • A – The singles were originally released without an album, but were later added as bonus tracks for the album Antidotes.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Total Life Forever dicalonkan untuk Mercury Prize pada Julai 2010, tetapi tewas kepada Album xx pada 7 September tahun itu.[7] Album itu bertanding lagi pada tahun berikutnya untuk gelaran Best Album dengan penambahan pencalonan kulit album terbaik di NME Awards.[18] Pada Julai, majalah MOJO memberi penghargaan kepada Foals disamping band dari kanada Arcade Fire untuk persembahan siaran langsung mereka yang berkaliber.[19]

Mercury Prize
Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
2010 Total Life Forever Best Album Dicalonkan
NME Awards
Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
2011 Foals Best British Band Dicalonkan
Foals Best Live Act Dicalonkan
Total Life Forever Best British Album Dicalonkan
Total Life Forever Best Artwork Dicalonkan
"Spanish Sahara" Best Track Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lindsay, Cam."Foals’ Sound of Music ", Exclaim!, May 2008.
  2. Foals Discography. Discogs. Retrieved on 2 April 2012.
  3. NME Album Reviews – Foals. Nme.Com (12 March 2008). Retrieved on 2 April 2012.
  4. [1][pautan putus]
  5. "Foals: 'New album will sound like the dream of an eagle dying'". NME. 30 July 2008. Diarkibkan daripada asal pada 15 December 2010. Diperolehi pada 15 December 2010. 
  6. Bennett, Matthew (3 June 2010). "Blood, Sweat And Fears: Foals Interview". Clash. Diarkibkan daripada asal pada 15 December 2010. Diperolehi pada 15 December 2010. 
  7. 7.0 7.1 "Foals 'tricked' into attending Mercury Prize nominations ceremony". NME. 20 July 2010. Diperolehi pada 18 July 2011. 
  8. FOALS talk 'Total Life Forever' and their third/next album. Coupdemainmagazine.com (27 February 2011). Retrieved on 2 April 2012.
  9. "word up.". 19 October 2012. Diperolehi pada 19 October 2012. 
  10. 10.0 10.1 Peak positions in the United Kingdom:
  11. 11.0 11.1 "Discografie Foals". ultratop.be/nl/ Hung Medien. 
  12. "Discographie Foals". lescharts.com/ Hung Medien. 
  13. "Discography Foals". irish-charts.com/ Hung Medien. 
  14. 14.0 14.1 "Discografie Foals". dutchcharts.nl/ Hung Medien. 
  15. "Foals - Chart History - Heatseekers Albums". Billboard. 
  16. 16.0 16.1 "British certificates: searchable database". bpi.co.uk. Diperolehi pada 16 May 2011. 
  17. January 21, 2013 (2013-01-21). "Billboard - News - Chart Highlights: Phillip Phillips Finds His 'Home' Atop AC Chart". Webcache.googleusercontent.com. Diperolehi pada 2013-02-12. 
  18. "Foals lead field at NME music award nominations". Reuters News. 25 January 2011. Diperolehi pada 18 July 2011. 
  19. "Arctic Monkeys nominated for two Mojo honours awards". BBC News. 1 July 2011. Diperolehi pada 18 July 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Foals