Francissca Peter
| Francissca Peter | |
|---|---|
| Luciana Francissca Peter Luciana Francissca Peter |
|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Luciana Francissca Peter |
| Berasal dari | |
| Genre | Dance, Jazz dan Ballad |
| Pekerjaan | Penyanyi, komposer, produser, pelakon, pencipta lirik dan pengajar vokal |
| Tahun aktif | 1979 – kini |
| Label | Warner Music, WEA, Scat Records, Inderoc Records USA dan EMI |
| Laman web | francisscapeter.com |
Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Fran, (lahir pada 6 September, 1961 di Ipoh; Perak, Malaysia) ialah ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada dua puluh lagu popular dan telah dianugerahkan "Vokal Wanita Terbaik" sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan tahun 80-an. Penyanyi yang mempunyai lebih dari 30 album ini telah menjadi Duta untuk "World Vision Malaysia" sejak tahun 2004. Beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, guru vokal dan telah mendapat undangan menjadi juri untuk beberapa pertandingan nyanyian, tarian dan penciptaan lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan juga pengurusan vokal. Fran juga dikenali sebagai "The Fundraising Queen" kerana beliau banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.
Isi kandungan |
Kehidupan awal [sunting]
Fran merupakan anak kedua dari empat beradik. Beliau memulakan persekolahan di Tarcisian Convent dan The Holy Infant Jesus (Main Convent) di Ipoh, Perak. Selepas itu beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Sultan Alam Shah di Petaling Jaya dan seterusnya di Sekolah Kebangsaan Selayang, Selangor. Setelah tamat Sekolah Menengah, beliau mengambil kelas menaip dan mula bekerja sebagai wakil jualan dan seterusnya menjadi pembantu PR di sebuah kilang Batik yang terkenal dan juga di Tourist Center, Gombak.
Roy & Fran [sunting]
Beliau mencipta nama pada tahun 1982 dengan Royston Sta Maria dengan lagu duet Siapa Dia Sebelum Daku, disusuli oleh lagu Bersama Pertemuan Ini pada tahun 1983.
Pada tahun 1984, Francissca Peter menyanyi solo dan mengeluarkan album Komputer Muzik pada tahun 1984, diikuti dengan lagu Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1986. Lagu lagu yang menaikkan nama Fran ke dunia seni hiburan tanah air ialah Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa, Diri Ku Terbelenggu dan banyak lagi. Artis pertama di Malaysia menang di Asean Song Festival. Artis pertama Malaysia di jemput merakam di America Syarikat berduet bersama Jazz saxophonist Cal Bennett.
Francissca Peter telah mengambil masa di tengah kerjayanya untuk mendalami bidang nyanyian di Amerika Syarikat dan juga di Eropah, China dan Hong Kong di merata rata tempat mulai daripada tahun akhir 1986. Francissca juga adalah Duta untuk Oganasasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia (International Aid Organisation World Vision) selama 6 tahun 2006-2011.
Fran telah mendirikan rumah tangga pada 1993. Namun rumahtangga Fran tidak kekal lama, pada penghujung tahun 2009 Fran mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.
Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter [sunting]
Pada 4, 5 dan 6 Februari 2011, Fran telah mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Panggung Sari, Istana Budaya menjadi artis bukan melayu pertama membuat Konsert di Istana Budaya sempena 33 tahun pembabitannya dalam industri muzik Malaysia. Menyampaikan 33 lagu, Persembahannya diiringi 33 orang pemuzik yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Haji Ramli MS. Rakan duetnya, Royston Sta Maria turut diterbangkan khas dari Perth Australia untuk berpadu suara menerusi lagu berjudul , Tak Kenal Maka Tak Cinta, Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini.
Ketika konsert prebiu untuk media yang dibuat sehari sebelum konsert sebenar, Fran yang selama ini bijak menyimpan rahsia peribadi beliau, telah mengumumkan perpisahan beliau dengan suami sejurus sebelum mendendangkan lagu "Aku Kehilanganmu".
Wanita yang paling berinspirasi di Malaysia [sunting]
Pada hari bulan 8 Mac tahun 2011, Fran telah dipilih sebagai salah satu daripada wanita-wanita yang paling berinspirasi di Malaysia.[perlu rujukan]
In 2012 The International Aid Organisation World Vision in Hong Kong chose the songs "Tomorrow" and "It Starts With Me" which were composed and co written by francissca peter and Bibiana peter and friends on a programme that will promote child sponsorship programmes on TVB Hong Kong. Proving her writing skills yet again.
+ http://www.youtube.com/watchv=v12WDKn2pB4&f...eature=related + http://www.youtube.com/watch?v=9DYTShoh7dE
Diskografi [sunting]
Album duet (studio) bersama Royston Sta Maria [sunting]
- Siapa Dia Sebelum Daku (1982)
- Bersama Pertemuan Ini (1983)
| Album Duet bersama Royston Sta Maria | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Album | Penerbit | Genre | Lagu-lagu | Label |
| 1982 | Siapa Dia Sebelum Daku | Omar Taib | Pop |
|
EMI |
| 1983 | Bersama Pertemuan Ini | Omar Taib | Pop |
|
|
Album studio [sunting]
- Komputer Muzik (1984)
- Aku Hanya Pendatang (1985)
- Sekadar Dipinggiran (1986)
- Kau Bintang Ku (1987)
- Fran Harapan (1988)
- Pasti Kembali (1989)
- Now's The Time (1989)
- Mawar Terpinggir (1993)
- Captured by a Smile (1995)
- Setinggi Angkasa (1997)
- Masih Merindu (2005)
Album Kompilasi [sunting]
- Suara Rindu (1990)
- Siri Legenda (1994)
- 10 Tahun Gemilang (1997)
- Alunan Mesra (1999)
- Every Journey Travelled (2000)
- A Christmas Gift (2002)
- Dulu, Kini dan Selamanya (2007)
- Berlian (2008)
- Memori Hit Roy and Fran (2008)
- Nostalgia Abadi (2009)
- Memori Hit Francissca Peter (2009)
- " Cinta 101" 2010
- Keunggulan (2010)
- "Sukma Rindu" (2010)
- " Komputer Muzik" (2010) rereleased
- " Box Set" menyambut 33 tahun Francissca peter (10 album)- 2011
Single [sunting]
- " To know Malaysia is to love Malaysia" (Carol O Connors)for Tourism Malaysia
- " Reach for the sky" Goh Boon Ho for the SEA Games
- Your Love (Michael Winans USA)
- You are (Brian Simpson USA)
- I love you still (ciptaan Manan Ngah)
- Janji Kekasih (lagu ciptaan Fauzi Marzuki)
- Begitulah Aku (lagu baru ciptaan Manan Ngah)
- Liberian Girl (Duet Bersama Jazz Saxophonist Cal Bennett USA album Local Hero)
- Lagu Setia (RTM National Anthem Kedua)
- Tomorrow (Lagu tema untuk The International Aid Organisation World Vision Malaysia)
- The Power Of We (2010) (Lagu tema AIA - 2010)
- Tiada Gementar Lagi (single baru bersama boxset Keunggulan Francissca Peter 2011)
- It Starts with me (lagu tema sempena ulangtahun Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision Malaysia yang ke-15: 2012)
Pencapaian [sunting]
Sejak dari tahun 1984 lagi, Fran telah banyak kali dinobatkan sebagai Penyanyi Terbaik melalui undian dibuat di suratkhabar berbahasa inggeris dan berbahasa melayu. Ketika itu undian cuma dibuat melalui kad yang diberi oleh syarikat rakaman dan akan dihantar oleh peminat-peminat ke pihak yang menganjurkan Festival/Anugerah tersebut.
- Juara Asian Song Festival 1987
- Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular Berita Harian1987
- Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu 1986 - menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran
- Tempat Ketiga Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu 1987 - Kerna Terpaksa
- Naib Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu 1988 - Diriku Terbelenggu
- Jualan Album
- Anugerah Platinum Berkembar 2 untuk album Sekadar Di Pinggiran
- Anugerah Platium untuk album Kau Bintangku, Fran Harapan & Pasti Kembali
- Anugerah Emas untuk album Aku Hanya Pendatang & Mawar Terpinggir
Lagu [sunting]
- Sekadar Di Pinggiran
- Kerna Terpaksa
- Aku Kehilanganmu
- Aku Hanya Pendatang
- Siapa Dia Sebelum Daku (duet bersama Royston Sta Maria)
- Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet bersama Royston Sta Maria)
- Bersama Pertemuan Ini (duet bersama Royston Sta Maria)
- Si Kunang-Kunang
- Ku Keudara Lagi
- Oh La La Tropika
- Begitulah Aku (lagu baru ciptaan Manan Ngah)
- Rindu Memaksaku Menyayangimu
- Diriku Terbelenggu
- Akulah Kekasihmu
- Hingga Ke Akhir Waktu
- Kehebatan Cinta (lagu duet bersama Jamal Abdillah)
- Nasib Si Kembang Pagi
- Dia
- Ku Menari Untuk Mu
- Komputer Muzik
- Andainya
- Salah Siapa
- Mawar Terpinggir
- Masih Belum Tamat
- Pasti Kembali
- Loverman
- Now's The Time
- Kau Lilin Cinta Ku
- Setinggi Angkasa
- Liberian Girl (Duet Bersama Jazz Saxophonist Cal Bennett USA album Local Hero)
- Masih Merindu
- Jangan Simpan Rindumu (duet bersama VE)
- Cinta Abadi ( duet bersama Willam Clark)
- Lagu Setia (RTM National Anthem Kedua)
- Tomorrow (30hr famine hit for The International Aid Organisation World Vision MAL)
- Mirror Mirror (Duet with Paul Ponnodurai)
- Ku Pohon Kemaafan
- Bukan Salah Mu
- The Power Of We (2010) single (dance music)
Keluarga [sunting]
Bapanya Lucian Gabriel Peter atau nama Islamnya Muhammad Gabriel Peter Abdullah meninggal dunia pada 12 April 2011 di Dungun , Terengganu pada usia 78 tahun. Bapanya dulu berkhidmat dalam Tentera British dan mengajar askar askar Britain tatabahasa dan ejaan bahasa Inggeris dan selepas Malaya bapanya menjadi salah satu wartawan pertama untuk Reuters International di Malaysia lepas tu Bernama, New Straits Times dan sebagai editor untuk Straits Echo. Sebuah buku yang di tulis olih ayahnya di edar berjudul The Phantom Doctors.
Pautan luar [sunting]
|
||||||||||||||