Frasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Jenis frasa[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat frasa, iaitu:

Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa berkenaan:

  • frasa nama (mempunyai kata nama sebagai unsur intinya)
  • frasa kerja (mempunyai kata kerja sebagai unsur intinya)
  • frasa adjektif (mempunyai kata adjektif sebagai unsur intinya)

Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama sahaja, kerana frasa ini tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.

Inti frasa pula merujuk kepada kata yang paling penting dalam sesuatu frasa.

Sebagai contoh, kata terpenting (inti frasa) dalam ayat Kakak saya menyanyi lagu keroncong ialah kakak menyanyi kerana kedua-duanya dapat membentuk ayat yang mempunyai makna sedangkan kata-kata yang lain boleh digugurkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]