Frederick Bianchi, Duke Casalanza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Frederick Bianchi.

Frederick Bianchi, Duke Casalanza (nama penuh: Vincenzo Federico Bianchi; 1 February 1768[1]—August 18, 1855[2]), ialah seorang Jeneral dan kemudiannya Fil Marsyal Empayar Austria.

Dilahirkan di Vienna, beliau merupakan lulusan dari Akademi Kejuruteran Imperial di Vienna[3]. Pada tahun 1788, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan leftenan Muda dalam tentera Slavonia dan berkhidmat dengan cemerlang ketika pengepungan Bubitza.[4] Beliau dilantik menjadi kapten selepas pengepungan Valenciennes pada tahun 1793.[5] Beliau ditugaskan di Itali pada tahun 1796 sebagai pegawai staf di bawah arahan Dagobert Sigmund von Wurmser. Beliau berjaya menawan pembantu peribadi Joachim Murat di Brescia. Ketika memimpin enam batalion rejimen Lusignan ketika pertempuran Rivoli, beliau berjaya ditawan musuh, namun dibebaskan atas perminataan Jeneral József Alvinczi[6].

Pada tahun 1799, sebagai leftenan Kolonel, beliau menjadi atase kepada Archduke Ferdinand, yang diikuti oleh Archduke Charles ketika kempen di Jerman dan Switzerland.[7] Beliau dinaikkan ke jawatan kolonel dalam masa 3 bulan, seterusnya memimpin rejimen ke-48 infantri Hungary. Pada tahun 1804, beliau berjaya mematahkan pemberontakan di Cattaro, di pesisir Dalmatia.[8].

Beliau dijadikan ajutan-Jeneral selepas kempen di Jerman dan memimpin rejimen ke-48 sehingga tahun 1807, apabila beliau dinaikkan ke jawatan brigadier Jeneral.[9] Pada tahun 1808, beliau mengahwini Friederike Liebetrau von Maixdorf (1780-1838).[10]

Dari 3 hingga 5 Jun 1809, beliau menghadapi Marsyal Davout, mematahkan cubaannya menguasai kubu jambat di Danube berhampiran dengan Pressburg, dan dianugerahkan Military Cross of Maria Theresa.[11] Beliau kemudiannya dijadikan leftenan Jeneral dengan rejimen infantri no.63 sebagai rejimen peribadinya, dan sebagai pemeriksa infantri di Hungary.[12]. Pada tahun 1813, beliau memimpin divisyen pertama tentera Karl Philip dari Schwarzenberg, mengambil bahagian[13] dalam kempen di Rusia.[14].

Pada tahun 1813, beliau meletakkan divisyennya dan cuba menyerang pintu Freyburg, Dresden, sebelum diserang balas oleh Napoleon[15]. Beliau berjaya membuktikan kemampuan beliau dalam pertempuran Leipzig dan kemudiannya dianugerahkan Cross of Saint-Georges oleh Tsar Alexander I[16]. Pada tahun 1814, beliau memimpin satu kor tentera darat yang terlibat dalam beberapa pertempuran di sekitar Moret-sur-Loing. Beliau kemudiannya dihantar ke Dijon untuk menghentikan kemaraan Marshal Augereau, namun dikalahkan pada 11 March 1814 dan terpaksa berundur ke Saint-Symphorien berhampiran Mâcon.

Pada tahun 1815, beliau dihantar ke Itali dengan kekuatan 20,000 orang untuk menghalang Raja Naples Joachim Murat dari menakluki Itali dalam Perang Neapolitan.[17] Beliau memimpin sendiri satu kor; sementara yang lain dipertanggungjawabkan kepada Adam Albert von Neipperg. Beliau mencapai kemenangan besar ke atas Murat dalam Pertempuran Tolentino, memberikan beliau gelaran Duke Casalanza[18] dari Ferdinand I dari Dua Sicily dan juga kenaikan pangkat ke jawatan Fil Marsyal.[19].

Beliau kemudiannya bersara pada tahun 1824 dan menjalani kehidupan yang sederhana di sebuah ladang di Mogliano Veneto yang dibeli pada 1821; di situ beliau memulakan ladang-ladang anggur yang sehingga kini masih mengekalkan nama beliau. Beliau menjadi terkenal semula pada tahun 1848, apabila revolusi meletus di kawasan Habsburg dan beliau ditangkap dan dipenjarakan kerana dianggap sebagai musuh dari kerajaan Austria. Dua bulan kemudian, tentera imperial Austria menawan semula kawasan tersebut dan membebaskan Duke Bianchi.[20].

Bianchi meninggal dunia di Sauerbrunn berhampiran Rogateč, Styria di mana beliau pindah buat sementara waktu untuk mengelak epidemik kolera yang melanda Mogliano; jasadnya disemadikan di villanya pada tahun 1864[21].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Luraghi, Raimondo: "Italians in the Habsburg Armed Forces, 1815-1849". In: Király, Béla K. (Hg.): East Central European Society and War in the Era of Revolutions, 1775-1856 (= War and Society in East Central Europe, 4 = Brooklyn College Studies on Society in Change, 13 = East European Monographs, 150), New York 1984, p. 222
  2. ^ Luraghi, cit.
  3. ^ Hirtenfeld, Jaromir – Meynert, Hermann (Ed.): Österreichisches Militär-Konversations-Lexikon, Vienna 1851-1852, volume 1, page 400 and following
  4. ^ Kneschke, Ernst Heinrich (Ed.). Neues allgemeines Deutsches Adels-Lexicon, Leipzig 1859-1870, volume 1, page 408
  5. ^ Hirtenfeld, Jaromir. Der Militär-Maria-Theresien-Orden und seine Mitglieder. Nach authentischen Quellen bearbeitet, Vienna 1857, volume 2, page 1147 and following
  6. ^ Luraghi, cit.
  7. ^ Militärische Zeitung. Zeitschrift für militärische Interessen. Ed. by Jaromir Hirtenfeld, Vienna, year 1855, Nr. 95 (from 01.09.1855), page 607 and following
  8. ^ Frank-Döfering, Peter (Ed.). Adels-Lexikon des österreichischen Kaisertums 1804-1918. Vienna-Freiburg-Basel 1989: N° 486 and N° 488
  9. ^ Nahlik, Johann von. Geschichte des kais. kön. 55. Linien-Infanterie-Regimentes Baron Bianchi. Brünn 1863, pages 39 and following, 64, 267 and following
  10. ^ Gatti, Friedrich. Geschichte der k.k. Ingenieur- und k.k. Genie-Akademie. 1717-1869 (= Geschichte der k. und k. Technischen Militär-Akademie, vol.1). Vienna 1901, page 335 and following
  11. ^ Hollins, David. Austrian Commanders of the Napoleonic Wars 1792-1815. Illustrated by Christopher Rothero (= Osprey Elite N°101), Botley 2004, page 16 and following
  12. ^ Wrede, Alphons von. Geschichte der k.u.k. Wehrmacht, Bd.VI: Der Allerhöchste Oberbefehl – Die Garden. Rewritten by Peter Broucek, Georg Zivkovic and Herbert Klima after manuscript fragments of Alphons von Wrede. Ed. by the Austrian Military Museum (= Militaria Austriaca, vol. VI), Vienna 1988, page 33
  13. ^ Zivkovic, Georg. Alt-Österreichs Heerführer. Stellenbesetzung in Heer, Landwehr und Kriegsmarine 1541 bis 1918.- Vienna 1976
  14. ^ Wrede, Alphons von. Geschichte der K. und K. Wehrmacht. Die Regimenter, Corps, Branchen und Anstalten von 1618 bis Ende XIX. Jahrhunderts, volume 1, Vienna 1898, page 503
  15. ^ Hollins, cit.
  16. ^ Hollins, cit.
  17. ^ Hold, Alexander. Geschichte des k.k. 48. Linien-Infanterie-Regimentes von seiner zweiten Errichtung im Jahre 1798 an. Vienna 1875, pages 30, 34, 39, 41
  18. ^ Gelaran ini memperingati Perjanjian Casalanza selepas Tolentino, di mana Bianchi bertindak sebagai wakil penuh bagi komander tertinggi angkatan Austria.
  19. ^ Lombroso, Giacomo. Vite dei primarj Generali et Ufficiali Italiani che si distinsero nelle guerre Napoleoniche dal 1796 al 1815. Milan 1843, page 592 and following
  20. ^ Wurzbach, Constant von. Biographisches Lexikon des Kaiserthums Oesterreich, 60 vols. Vienna 1856-1891, 1, page 373 and following
  21. ^ Allgemeine Deutsche Biographie. Ed. by the Historische Kommission der Bayerischen Akademie der Wissenschaften, Munich, volume 2, page 608

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Beran, Julius. Die Geschichte des k.u.k. Infanterie-Regimentes Freiherr von Merkl Nr. 55. - Vienna 1899, page 6
  • Bodart, Gaston (Ed.). Militär-historisches Kriegs-Lexikon (1618-1905). Vienna-Leipzig, 1908, page 406, 477, 485
  • Neue Deutsche Biographie, Berlin 1953, volume 2, page 214
  • Oettinger, Edouard-Marie. Moniteur des Dates contenant un million de renseignements biographiques, généalogiques et historiques, Dresden, and Leipzig, volume 1, page 90
  • Oesterreichisch-Kaiserliche privilegirte Wiener-Zeitung, 25.11.1809, 07.09.1813, 20.02.1814, 30.05.1815, 04.08.1815, 20.02.1816
  • Österreichischer Militär-Almanach (since 1804:) Schematismus der kaiserlich-königlichen Armee (since 1810:) Schematismus der Oesterreichisch-Kaiserlichen Armee (since 1815:) Militär-*Schematismus des österreichischen Kaiserthums, years 1792-1873 (years 1809 and 1849 not published)
  • Zivkovic, Georg. Alt-Österreichs Heerführer. Stellenbesetzung in Heer, Landwehr und Kriegsmarine 1541 bis 1918. Vienna 1976, pp.119, 132-134

Pautan luar[sunting | sunting sumber]