Free The Children

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Free The Children (Bebaskan Kanak-kanak) merupakan pertubuhan kebajikan kanak-kanak yang ditubuhkan pada tahun 1995 dengan menegakkan hak kanak-kanak oleh Craig Kielburger. Pertubuhan ini membina sekolah-sekolah di negara-negara sedang membangun dan juga menyediakan projek pendapatan alternatif seperti sekolah dan peralatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Free The Children diinspirasikan oleh kematian Iqbal Masih, seorang pekerja kilang permaidani yang berumur 12 tahun yang menyuarakan bantahan terhadap keadaan bekerjanya dan mendapat bantuan daripada Barisan Hadapan Pembebasan Pekerja Terikat Pakistan. Masih dibunuh oleh mafia permaidani.

Pertubuhan ini merupakan rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, National Bank Financial dan The Angel Network Oprah Winfrey.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Free the Children ditubuhkan oleh Craig Kielburger ketika beliau berumur 12 tahun. Pada masa itu, beliau sedang membaca surat khabar untuk mencari cerita kartun dan membaca sebuah rencana tentang pembunuhan Iqbal Masih, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang bersuara untuk menentang pengambilan pekerja kanak-kanak. Kielburger berasa terkejut dan membawa rencana tersebut ke sekolah untuk menunjukkan kepada rakan sekelasnya. Beliau berinspirasi pada masa itu untuk menubuhkan organisasi yang dapat membantu kanak-kanak di seluruh dunia.

Free The Children merupakan sebahagian daripada Rangkaian Kiel (Kiel Network) yang termasuk juga Leaders Today dan Me to We.

Pada 19 Oktober 2007, seramai 7500 pelajar dari Ontario bersama menyertai hari Me to We tahunan pertama untuk memberhentikan pekerja kanak-kanak, menggalakkan sukarelawan dan juga isu-isu lain.

Pada 26 Oktober 2007, Barrie North Collegiate Institute menganjurkan rumah kopi bebeaskan kanak-kanak tahunan dengan siri persembahan akustik untuk menolong Free The Children.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]