Freetown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Freetown
Pemandangan kota dari pelabuhan
Pemandangan kota dari pelabuhan
Negara Sierra Leone
KawasanKawasan Barat
DaerahDaerah Bandar Kawasan Barat
Diasaskan11 Mac 1792
Pentadbiran
 • JenisMajlis perbandaran
 • Datuk bandarHerbert George-Williams (APC)
Keluasan
 • Jumlah357 km2 (138 batu persegi)
Aras
26 m (84 ft)
Penduduk
 (2006)
 • Jumlah1,070,200 [1] [2]
 • Kepadatan2,997.8/km2 (7,764/batu persegi)
Zon waktuWaktu Min Greenwich

Freetown ialah ibu negara sekaligus bandar terbesar di Sierra Leone Bandar yang didirikan pada 11 Mac 1792 ini memiliki wilayah seluas 357 km² dan penduduk berjumlah 1,070,200 (2006). Ia merupakan bandar pelabuhan utama di Lautan Atlantik malah merupakan pelabuhan semula jadi terbesar di Afrika; pelabuhan ini merupakan muara besar terbentuk hasl pertemuan sungai Bankasoka dan sungai Rokel.

Kota ini ditubuhkan 11 Mac 1792 oleh abolisionis Lt. John Clarkson serta orang kulit hitam dari Tiga Belas Jajahan Amerika British dan sebilangan orang petempat Nova Scotia dengan kerjasama Syarikat Sierra Leone, petempatan ini merupakan pengganjaran pihak British kepada para warga kulit hitam Amerika yang taat setia semasa Perang Revolusi yang menjanjikan kemerdekaan daripada perhambaan atas jasa mereka yang tidak sahaja berpaling tadah daripada pemilikan malah memerangi warga koloni yang menduduki Amerika pada ketika itu.

Kota ini terbahagi kepada kawasan perbandaran East End, Central, dan West End kesemuanya dibahagikan kepada 8 mukim: East I, East II, East III, Central I, Central II, West I, West II, and West III.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pokok kekabu besar bernama "Cotton Tree" yang menjadi tumpuan utama para bekas hamba memulakan hidup baru di Freetown.

Iklim dan suhu[sunting | sunting sumber]

Freetown turut dalam keseluruhan Sierra Leone yang beriklim tropika dengan musim hujan dari Mei ke November dan selebihnya bermusim kering. Kota ini mempunyai Iklim monsun tropika mengikut pengelasan iklim Köppen. Suatu bayu darat bernama Harmattan meniup dari gurun Sahara sepanjang Disember ke Februari mengurangkan kelembapan persekitaran.

Julat suhu persekitaran dicatat antara 15°C hingga 38°C sepanjang tahun; suhu purata tahunan ialah sekitar 28°C.

Data iklim untuk Freetown, Sierra Leone
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 33
(91)
34
(93)
35
(95)
35
(95)
34
(93)
33
(91)
32
(90)
31
(88)
32
(90)
33
(91)
34
(93)
32
(90)
35
(95)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29
(84)
30
(86)
30
(86)
31
(88)
30
(86)
30
(86)
28
(82)
28
(82)
28
(82)
29
(84)
29
(84)
29
(84)
29
(84)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24
(75)
24
(75)
25
(77)
25
(77)
24
(75)
23
(73)
23
(73)
23
(73)
23
(73)
23
(73)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 20
(68)
21
(70)
21
(70)
21
(70)
21
(70)
20
(68)
21
(70)
20
(68)
21
(70)
19
(66)
20
(68)
19
(66)
19
(66)
Purata kerpasan, mm (inci) 13
(0.5)
3
(0.1)
13
(0.5)
56
(2.2)
160
(6.3)
302
(11.9)
894
(35.2)
902
(35.5)
610
(24.0)
310
(12.2)
132
(5.2)
41
(1.6)
3,436
(135.3)
Sumber: BBC Weather [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Average Conditions Freetown, Sierra Leone". BBC Weather. Dicapai pada August 21, 2009.