Frigat Type 23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS Somerset (F82).jpg
HMS Somerset
Gambaran keseluruhan kelas
Nama: Kelas Type 23
Pembina: Swan Hunter dan Yarrows
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Bendera tentera laut Chile Tentera Laut Chile
Sebelumnya: Frigat Kelas Type 22
Selepasnya: Tiada
Ditauliah pada: 24 November, 1987
Jumlah disiapkan: 16
Jumlah aktif: 13 (Tentera Laut Diraja Britain) & 3 (Tentera Laut Chile)
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: Frigat
Sesaran: Standard:3500 tan Full Load:4200tons
Panjang: 133 m (436 kaki 4in)
Lebar: 16.1 m (52 kaki 10in)
Drauf: 7.3 m (24 kaki)
Pendorongan: CODLAG dengan 4 unit penjana elektrik 1510kW (2025-shp) Paxman Valenta 12CM yang menjana dua motor elektrik GEC menghasilkan 2980kW (4000 shp) dan dua Rolls-Royce Spey SM1A menghasilkan 23,190kW (31,100 shp) kepada dua aci
Kelajuan: 28 knot HMS Sutherland baru-baru ini mencapai 34.4 knot semasa ujian berkelajuan tinggi (November 2008)
Jarak: 14,485 km (9000 batu) pada 15 knot
Kelengkapan: 181
Persenjataan: 2x pelancar berkembar empat bagi membawa lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan Harpoon

2x GWS.26 VLS for 32 Sea Wolf SAMS 1x 4.5in (114mm) meriam Mk 8 DP 2x meriam anti udara DS 30B 30mm

2x tiub berkembar 12.75in (324mm) untuk torpedo peperangan anti-kapal selam Stingray.
Pesawat dibawa: 1x helikopter Lynx HMA.Mk3/8 atau Merlin HM.Mk 1

Frigate Type 23 ataupun dikenali juga sebagai Frigate Kelas “Duke” adalah setu kelas kapal frigat yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Britain. Kelas ini dikenali sebagai kelas “Duke” kerana dinamakan mengikut nama gelaran-gelaran “Duke” (satu kumpulan pewarisan orang bangsawan di Britain).

Kapal Type 23 pertama ditauliahkan dalam tahun 1989 dan kapal yang penghabisan dalam kelas ini di ditauliahkan dalam tahun 2002. Sebanyak 16 buah kapal kelas ini dibina, 3 daripadanya kini berkhidmat dengan Tentera Laut Chile dan 13 lagi berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.

Reka Bentuk[sunting | sunting sumber]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

HMS Montrose

Frigat Type 23 pada mulanya diilhamkan sebagai satu platform untuk pelaksanaan peperangan anti-kapal selam dan dilengkapkan dengan sebuah helikopter (Westland Lynx ataupun EHI Merlin) dan sonar jujukan tunda (towed array sonar). Kelas frigat ini dibina untuk menggantikan frigat Kelas Leander.

Frigat Type 23 dipesan oleh Tentera Laut Diraja Britain untuk memburu kapal selam Kesatuan Soviet di Laut Atlantik Utara. Pada mulanya, pegawai perancang mencadangkan supaya kelas frigat ini tidak diberikan senjata pertahanan diri supaya membolehkan sistem sistem pelancar menegak peluru berpandu Sea Wolf dipasang kepada kapal pengisian minyak kelas Fort Victoria, kerana sebuah kapal kelas Fort Victoria akan menyokong 4 buah kapal frigat Type 23. Cadangan ini dibantah oleh tentera laut.

Kapal kelas Fort Victoria juga menyokong penyelenggaraan dan baik pulih helikopter di frigat Type 23, dan kapal-kapal Type 23 hanya perlu menjalankan kerja pengisian semula senjata dan pengisian semula bahan api.

Pengembangan Reka Bentuk[sunting | sunting sumber]

HMS Somerset

Daripada pengajaran yang diperolehi semasa Perang Falkland, reka bentuk frigat type 23 dibesarkan untuk membolehkan pemasangan sebuah meriam kaliber sederhana untuk memberikan bantuan tembakan unit tentera di pantai dan juga untuk serangan sasaran di permukaan laut. Misil Sea Wolf VLS memberikan pertahanan menentang kapal terbang dan juga misil anti kapal seperti Exocet.

Pemasangan misil jenis Harpoon pula memberikan sistem senjata serangan yang kredibel kepada frigate Type 23. Dengan itu, frigate Type 23 berubah menjadi sebuah frigat pelbagai guna yang berupaya menjalankan tugasan antikapal selam, antikapal terbang dan antikapal.

Kapal type 23 juga direka supaya mempunyai keratan rentas radar yang rendah, pengautomatikan sistem persenjataan dan pengurusan untuk membolehkan bilangan anak kapal yang paling minimum, penggunaan sistem pendorong CODLAG yang menggabungkan enjin diesel elektrik dengan sistem turbin gas dan enjin elektrik membolehkan kapal kelas Type 23 menjalani operasi dengan senyap memburu kapal selam, ataupun dipandu laju menggunakan enjin turbin gas.

Sistem misil Sea Wolf VLS sebenarnya direka khusus untuk kegunaan frigat Type 23 dan mula digunakan dalam kelas frigat kelas ini. Kejayaan sistem ini menyebabkan sistem Sea Wolf VLS dipilih untuk lain-lain kelas kapal termasuklah frigat Kelas Lekiu yang dipesan dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

HMS Norfolk adalah kapal pertama dalam kelas ini juta. Kapal-kapal berikut berharga £60-96 juta. Kos pengurusan sebuah frigat type 23 dianggarkan £16 juta. Pada 21 Julai 2004, Setiausaha Pertahanan Britain Geoff Hoon mengumumkan bahawa HMS Norfolk, HMS Marlborough dan HMS Grafton akan dibersarakan sebagai langkah penjimatan dan pengurangan kos pertahanan. Tentera Laut Chile membeli ketiga-tiga buah kapal tersebut untuk penghantaran dalam tahun 2008. BAE Systems akan membaik pulih dan menaik taraf 3 kapal tersebut pada kos £134 juta. Kapal pertama untuk Tentera Laut Chile dinamakan Almirante Cochrane.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Sistem Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Aircraft:

Sistem Elektronik[sunting | sunting sumber]

Kapal[sunting | sunting sumber]

 Nama   Nombor Pennant   Limbungan Pembina   Tarikh Dilancar   Tarilh Tauliah   Pangkalan   Status 
Norfolk F230 YSL, Glasgow July 11, 1987 November 24, 1989 Devonport Tentera Laut Chile
Argyll F231 YSL April 8, 1989 May 30, 1991 Devonport Aktif
Lancaster F229 YSL Mei 24, 1990 Mei 1, 1991 Portsmouth Aktif
Marlborough F233 Swan Hunter , Wallsend Januari 21, 1991 Jun 14, 1991 Portsmouth Tentera Laut Chile
Iron Duke F234 YSL Mac 2, 1991 Mei 30, 1991 Portsmouth Aktif
Monmouth F235 YSL November 23, 1991 1993 Devonport Aktif
Montrose F236 YSL Julai 31, 1992 Jun 2, 1994 Devonport Aktif
Westminster F237 Swan Hunter Februariy 9, 1992 1994 Portsmouth Aktif
Northumberland F238 Swan Hunter April 1992 Mei 1994 Devonport Aktif
Richmond F239 Swan Hunter April 6, 1993 Okctober 1996 Portsmouth Aktif
Somerset F82 YSL Jun 24, 1994 September 20, 1996 Devonport Aktif
Grafton F80 YSL November 5, 1994 Mei 1997 Portsmouth Tentera Laut Chile
Sutherland F81 YSL Mac 9, 1996 Julai 4, 1997 Devonport Aktif
Kent F78 YSL Mei 28, 1998 Februari 2000 Portsmouth Aktif
Portland F79 Marconi Marine (YSL) Disember 15, 2000 Mei 3, 2001 Devonport Aktif
St Albans F83 BAE Systems Marine (YSL) Mei 6, 2000 November 2001 Portsmouth Aktif

Frigat Type 23 Dalam Filem[sunting | sunting sumber]

  • HMS Westminster digunakan untuk penggambaran dalaman kapal Type 23 untuk filem the James Bond bertajuk Tomorrow Never Dies bagi menggambarkan adegan dalam 3 buah kapal berlainan, HMS Chester, HMS Devonshire and HMS Bedford. Untuk penggambaran luar, model kapal Type 23 dibina dan digunakan.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]