Fuji Photo Film (M) Sdn. Bhd.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fuji Photo Film (M) Sdn. Bhd. yang bermula operasi di Malaysia pada 1 Januari 1991 adalah pengedar tempatan bagi barangan keluaran Fujifilm yang merangkumi kamera, storan media, produk pengemasan foto dan filem untuk Fujifilm di negara Jepun. Ibu pejabat Fujifilm Malaysia terletaknya di Menara AXIS, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk mencapai matlamat sebagai pereka baru yang utama dalam barangan pengimejan dan maklumat, Fujifilm Malaysia mengambil alih produk-produk jenama Fujifilm daripada pengedar-pengedar yang pada 25 tahun yang lalu, telah mengimportkan produk Fujifilm dari Jepun dan Singapura.

Sejak masa itu, Fujifilm Malaysia telah menjadi cabang pengedaran dan pemasaran yang utama bagi produk-produk Fujifilm di Malaysia. Kini, terdapat 600 saluran keluar Plaza Imej Fuji dan Stesen Pengimejan Berdigit Fuji, yang menjadi pengedar-pengedar Fujifilm Malaysia di seluruh negara. 50 peratus daripadanya di milik serta diuruskan oleh kaum Bumiputera. Kesemuanya bukan sahaja menerima nama Fujifilm dan imej korporatnya, tetapi juga mendapat sokongan pengiklanan dan promosi, sokongan rerambu serta sokongan teknikal daripada Fujifilm Malaysia dan Fujifilm Jepun.

Aktiviti-aktiviti utama[sunting | sunting sumber]

Fujifilm Malaysia terlibat dalam penyedaran pelbagai jenis produk yang berkaitan dengan foto dan filem dari Jepun. Produk-produk ini merangkumi:

Produk-produk bagi penyelesaian maklumat termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]