Fujiko Fujio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fujiko Fujio (藤子 不二雄 Fujiko Fujio), ialah nama pena bagi kartunis duo Jepun (mangaka). Nama asal mereka ialah Hiroshi Fujimoto (藤本 弘 Fujimoto Hiroshi?, 1933–1996) dan Motoo Abiko (安孫子 素雄 Abiko Motoo?, 1934–). Mereka membuat sebuah kumpulan pada tahun 1951, dan menggunakan nama Fujiko Fujio dari tahun 1954 sehingga pada tahun 1987, mereka berpecah, dan dikenali sebagai "Fujiko F. Fujio" (Fujimoto Hiroshi) dan "Fujiko Fujio (A)" (Abiko Motoo). Pada tahun 23 September 1996, Fujimoto Hiroshi telah disahkan meninggal dunia kerana kegagalan hati.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • Fujiko F. Fujio (藤子・F・不二雄, b. 1 Disember, 1933 - d. 23 September, 1996). Nama sebenar beliau ialah Hiroshi Fujimoto (藤本弘 Fujimoto Hiroshi). [1]
  • Fujiko Fujio (A) (藤子不二雄A, b. 10 Mac, 1934 - ) Nama sebenar beliau ialah Motoo Abiko (安孫子素雄 Abiko Motoo). [2]
    • 1990 – Hadiah Masumi Fujimoto (藤本真澄賞) dan Hadiah Istimewa Fumiko Yamaji (山路ふみ子特別賞) untuk filem Shonen Jidai (映画「少年時代」)
    • 2005 – Hadiah Persatuan Artis Manga Jepun Menteri Pendidikan (日本漫画家協会文部大臣賞)

Biografi[sunting | sunting sumber]

Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko dilahirkan di Toyama, Jepun (Fujimoto, 1933; Abiko, 1934). Semasa Fujimoto pelajar sekolah rendah (1944), Abiko ditukarkan ke sekolah di mana Fujimoto hadiri. Mereka menemui bahawa mereka suka melukis. Selepas memasuki sekolah tinggi junior, mereka kekal berkawan walaupun mereka pergi ke sekolah yang berbeza. Semasa mereka pelajar sekolah tinggi junior (19461948), mereka terkejut apabila membaca buku komik yang ditulis Osamu Tezuka [3], Shin-Takarajima [4]. Mereka menerbitkan manga mereka sendiri majalah coterie. Mereka juga mengagumi Tezuka’s Lost World [5] dan Snow White and the Seven Dwarfs terbitan Disney, dan mereka menulis surat peminat kepada mereka. Semasa mereka menjadi pelajar sekolah tinggi, mereka mula menulis manga untuk kolum pembaca di pelbagai penerbitan. Mereka membuat kemunculan pertama dalamTenshi no Tama-chan. Mereka mendapat wang daripada ini, jadi mereka melawat rumah Tezuka di Takarazuka, Hyogo, sebelum mereka tamat dari sekolah tinggi.

Kerana Fujimoto dan Abiko ialah anak sulung, mereka berhasrat untuk menyertai syarikat selepas menamatkan sekolah tinggi (1952). Fujimoto menyertai syarikat manisan, manakala Abiko menyertai syarikat suratkhabar terbitan tempatan. Walau bagaimanapun, Fujimoto berhenti kerja dengan tiba-tiba kerana kecederaan. Abiko konsisten menguruskan manga. Semasa Abiko bekerja untuk syarikat, Fujimoto mengambil peranan penting dalam menyumbangkan karya manga. Pada masa ini, nama pena mereka ialah Ashizuka Fujio. Pada 1953 mereka menerbitkan Utopia: The Last World War (UTOPIA—最後の世界大戦 UTOPIA: Saigo no Sekai Taisen [6]). The next year (1954), mereka memutuskan untuk pergi ke Tokyo untuk menjadi mangaka. Mereka membuat sebuah kumpulan mangaka yang dipanggil New Manga Party (新漫画党 Shin Manga-to): zaman pertama, 1954 – 1955; zaman kedua, 1955 – ?), dengan Hiroo Terada [7] dan lain-lain. Pada mulanya, Fujimoto dan Abiko menyewa di Ryogoku; Walaubagaimanapun, selepas itu mereka berpindah ke pangsapuri Tokiwa-so [8] di mana Hiroo tinggal.

Mereka terus melukis manga hari demi hari. Banyak penyunting penerbit manga melawat dan meminta Fujiko Fujio menulis siri manga. Mereka menjadi mangaka terkenal.

Walau bagaimanapun, mereka hilang kerja semasa 1955 sehingga awal 1956 kerana semasa Tahun Baru 1955 mereka pulang ke rumah Toyama, dan bersantai berlebihan sehingga mereka melepasi tarikh akhir hampir semua manga mereka. Selepas itu, baru mereka mendapat semula kepercayaan. Pada 1959, mereka meninggalkan Tokiwa-so, dan berpindah ke Usagi-so, dan kemudian ke Kawasaki, Kanagawa. Fujimoto berkahwin pada 1962 (semasa berumur 28). Tahun selepasnya, Fujiko Fujio menerima hadiah untuk manga mereka daripada Shogakukan.

Fujimoto dan Abiko menubuhkan Studio Zero [9] dengan Shin’ichi Suzuki [10], Shotaro Ishinomori [11], Jiro Tsunoda [12], Kiyoichi Tsunoda, dan seorang pekerja. Kemudian Fujio Akatsuka [13] menyertai, dan semasa zaman kegemilangan studio mempunyai kira-kira 80 pekerja. Mereka mengeluarkan beberapa filem siri animasi, contohnya, Astro Boy [14]. Fujiko Fujio menaikkan semula populariti mereka sebagai mangaka dengan Qtaro the Ghost pada 1964. Kedua-dua mereka meneruskan menulis manga popular, contohnya Hattori the Ninja, Kaibutsu-kun, Pāman, 21-emon, dll. Abiko berkahwin pada 1966 semasa berusia 32 tahun.

Fujimoto mula menulis Doraemon pada 1970, dan pada masa yang sama beliau mula menulis manga lengkap untuk orang muda.

Pada mulanya Doraemon tidak mendapat perhatian kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tiga tahun kemudian, Doraemon menjadi siri animasi di TV, dan ia menjadi watak popular di seluruh negara. Fujimoto dianugerahkan hadiah untuk Doraemonoleh Persatuan Mangaka Jepun pada 1973. Sebaliknya, Abiko menulis Black Salesman (kemudian ditukar tajuk kepada Warau Salesman), autobiografi Manga-michi, dll. manga Abiko ditujukan kepada golongan belia sementara Fujimoto kepada kanak-kanak.

Kedua-dua Fujimoto dan Abiko menjelajah keliling dunia. Abiko menulis manga [15] tentang Mao Zedong berdasarkan lawatannya ke China. Lawatan yang banyak membantu Fujimoto untuki mengarang manga, terutamanya T.P. Bon [16].

Pada 1988, Fujimoto dan Abiko tidak lagi bekerja bersama. Mereka mula bekerja berasingan.

Daripada tahun 1980 sehingga beliau mati, Fujimoto mengaranng satu siri manga yang panjang tentang Doraemon setiap tahun. Siri manga telah dianimasikan di layar dan setiap tahun filem animasinya amat berharga buat industri perfileman. Pada 1989, Fujimoto memenangi dua buah anugerah untuk filem Doraemon. Hattori the Ninja dan Pro Golfer Saru yang dihasilkan Abiko juga dianimasikan bersama Doraemon di layar.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Karya-karya utama Fujiko Fujio[sunting | sunting sumber]

  • Q-tarō [17] (オバケのQ太郎 Obake no Qtarō), 1964-1969, 1971-1974

Karya-karya utama Fujiko F. Fujio[sunting | sunting sumber]

Karya-karya utama Fujiko Fujio (A)[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]