Fungsi eksponen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Graf fungsi eksponen y = e^x

Dalam bidang matematik, fungsi eksponen ialah fungsi e^x, di mana fungsi ini adalah sama dengan terbitannya sendiri. e ialah suatu nombor bukan nisbah dengan nilai anggaran 2.718 281 828. Fungsi eksponen biasanya ditulis \exp(x).

Takrif[sunting | sunting sumber]

Fungsi eksponen boleh ditakrifkan secara formal menggunakan siri kuasa berikut:

e^x = \sum_{n = 0}^{\infty} {x^n \over n!} = 1 + x + {x^2 \over 2!} + {x^3 \over 3!} + {x^4 \over 4!} + \cdots.