Fur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fur map.png
Bendera Pergerakan Kebangsaan Fur

Fur merupakan puak utama yang tinggal di barat Sudan iaitu di Darfur. Tahun 1983, jumlah mereka seramai 0.5 juta orang . Puak Fur ini merupakan puak Afrika berkulit hitam mengamalkan gaya hidup nomad. Menggunakan dialek Fur, satu daripada dialek Afrika. Keseluruhan mereka beragama Islam ekoran pendudukan Empayar Kanem-Bornu . Sebahagian mereka bercakap bahasa Arab.

Mereka tinggal di Jebel Si , Jebel Marra Wadi Salih dan Zaligi. Sebahagian yang lain tinggal di sempadan Chad.

Gaya hidup nomad ini mencetuskan konflik dengan puak nomad Baggara - satu puak pengembala lembu . Saling bertelingkah tentang perigi air di kawasan wadi terutama sejak 2003.

Fur tercatat dalam sejarah Kesultanan Darfur . Mereka masih menguasai sistem politik di Darfur, Sudan kerana jumlah mereka besar. Abdul Wahid Mohammed Nour dari Barisan Pembebasan Sudan berjuang menentang kerajaan Sudan. Selain Abdul Wahid ialah Deriage dan Tegani Seisei.

Nama Darfur berasal dari puak Fur ini. Darfur bermaksud perkampungan Fur.