Fursuit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekumpulan besar fursuiter di Anthrocon 2010.
Cherry, sepasang fursuit oleh "Winfoxi".
Fursuit boleh digunakan pada pelbagai acara untuk menghibur kanak-kanak.
Seorang wanita fursuiter, "Lucky Coyote", berpura-pura menjadi concierge untuk penghadir Anthrocon 2007.
Lembaran contoh yang membantu pembinaan.

Fursuit ("sut bulu") ialah kostum haiwan yang diperbuat daripada pelbagai bahan. Kostum ini adalah pelbagai daripada ekor dan telinga ringkas hingga kostum lengkap yang disejukkan dengan kipas berkuasakan bateri. Fursuit boleh dipakai untuk kenikmatan peribadi, pekerjaan atau amal jariah.

Istilah "fursuit" dipercayai dicipta pada 1993 oleh Robert King[1] dan juga boleh merujuk kostum maskot haiwan pada am, bertentangan dengan maskot manusia atau objek tidak bernyawa. Fursuit juga telah ditonjolkan dalam medium visual sebagai tirai latar atau sebagai sebahagian daripada tema memusat.

Fursuit berkaitan dengan furry fandom, sebuah fandom yang khas untuk watak haiwan antropomorfik kerana, serupa dengan sut maskot, ini membolehkan pemakai untuk menerima pakai keperibadian lain semasa berkostum. Fursuit biasanya dijual di konvensyen, atau secara dalam talian dengan tempahan atau lelong.[2][3] Oleh sebab sifat lembutnya, pakaian ini memerlukan pengedalian khas semasa dibasuh. Fursuit boleh dibandingkan dengan watak berkostum dan serupa pembinaanya dengan maskot dan watak walkaround yang digunakan oleh taman tema dan pertunjukan pentas. Konsep ini juga serupa dengan cosplay, sungguhpun cosplay berfokus pada budaya Jepun.[4]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Fursuit standard ialah kostum badan lengkap yang terdiri daripada kepala, tapak hadapan (tangan), tapak belakang (kaki) dan badan dengan ekor terlekat. Dalam sesetengah kes, ekornya terlekat melalui tali pinggang dengan pemakai dan tergantung ke luar melalui lubang di belakang badan.[5] Banyak sut menyertakan penebal khas atau undersuit atau sut dalaman untuk memberi watak bentuknya yang dikehendaki (ini terutamanya hadir pada watak besar atau yang berjantina tertentu). Pemilik boleh membelanjaka seratus hingga beribu-ribu dolar untuk sepasang fursuit, bergantung pada kekompleksan dan bahan yang digunakan.[6] Ciri fursuit lebih lanjut menyertakan rahang yang bergerak apabila pengguna bertutur, dan ekor bergerak.[7][8] Peminat furry membuat fursuit sendiri dengan menggunakan tutorial dalam talian atau nasihat daripada kumpulan berita; sutnya juga boleh dibeli dalam talian atau di konvensyen.[3]

Sut separa (bahasa Inggeris: partial suit) atau sut separuh (bahasa Inggeris: half-suit) mempunyai semua bahagian sut standard, kecuali bahagian badan. Ini membolehkan pemakai untuk memakai pakaian berlainan dengan tapak, kepala dan ekor, seperti kostum lain atau pakaian jalanan. Dalam sut separa, ekor biasanya terlekat pada tali pinggang, dan lengan dan kaki mempunyai lengan baju dan lengan kaki yang boleh berpanjang sejauh bahu dan pelvis, masing-masing.[5]

Paling kini, suatu jenis ketiga yang dikenali sebagai sut tiga suku telah dikembangkan, yang terdiri daripada kepala, lengan dan seluar yang dibuat untuk kelihatan seperti tungkai, ekor dan kaki bagi haiwan tertentu, atau torso di tempat kaki. Jenis fursuit ini berfungsi dengan baik untuk watak yang hanya memakai baju tanpa seluar atau hanya sepasang seluar tanpa baju.[9]

Demografik[sunting | sunting sumber]

Bukan semua peminat furry meminati fursuit, atau mempunyai fursuit jika mereka meminatinya. Pada Midwest FurFest 2006, 213 daripada 1441 orang penghadir menyertai perarakan fursuit,[10] sementara 353 daripada 2,849 orang memakai sut pada Anthrocon 2007. Dalam suatu tinjauan Internet bagi 600 peserta yang diterbitkan pada 2007, Jabatan Psikologi di Universiti California, Davis menjumpai 18% daripada responden memiliki fursuit.[11]

Sebab untuk berfursuit[sunting | sunting sumber]

Peminat furry yang memiliki fursuit menikmati memakainya untuk perarakan, pameran, konvensyen dan perjumpaan tidak formal. Kerap, sut ini menggambarkan watak peribadi dan digunakan dalam suatu bentuk main peranan, atau untuk mengungkapkan keperibadian sebenar pemiliknya. Sesetengah fursuiter atau pemakai fursuit tidak bercakap semasa berkostum untuk "mengekalkan keajaiban" - bagi yang bercakap, ramai yang menggunakan kostum dengan rahang boleh gerak.Templat:Atau

Sesetengah pemain permainan main peranan aksi langsung (LARP) mencipta kostum terperinci, termasuk fursuit untuk wataknya. Pemain boleh memakai sut separuh atau sut lengkap, bergantung pada keperluan watak.[12] Senjata dan perisai boleh dipakai dan digunakan oleh pemain; tetapi setiap konvensyen atau perjumpaan memerlukan peraturan sendiri tentang senjata di lantai konvensyen.[13] Ini adalah serupa dengan cosplay, kecuali cosplay berfokus pada watak daripada media popular, dengan penegasan terhadap budaya pop Jepun seperti manga, anime, dan permainan video.[2]

Sesetengah peminat furry berfursuit untuk kerja atau untuk mencari perhatian kepada acara atau amal jariah. Ini boleh termasuk maskot di permainan besbol dan yang sepertinya; tetapi bukan semua maskot merupakan peminhat furry, atau kebanyakan maskot fursuiter. Ramai yang diupah melalui agensi untuk mewakili suatu watak, sementara yang lain pula membawa binaan sendiri kepada suatu acara.[4] Ada juga beberapa kumpulan sukarelawan fursuiting di serata Amerika Utara yang sama ada meminta atau diminta untuk menghibur di pelbagai fungsi sosial. Sesetengah kumpulan pula mendirikan acara amal sendiri atau membuat persembahan di jalanan kepada orang yang lalu-lalang.[14] Satu lagi sebab adalah untuk keluar saja-saja untuk keseronokan dan berjalan-jalan dengan memakai sut. Sesetengah peminat furry mempercayai mereka terhubung dengan haiwan yang diserupai oleh sut mereka dan untuk mendekatkan diri dengan haiwan tersebut mereka memakai sut mereka dan berlakon sebagai watak tersebut untuk hiburan.Templat:Atau

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Riggs, Adam (2004). Critter Costuming. Ibexa Press. m/s. 13. ISBN 978-0-9678170-7-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ a b "The Mysterious World of Cosplay: Love is Everything!". PingMag. 5 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05. Dicapai pada 4 April 2008.
  3. ^ a b "Planning/Buying/Commissioning the Costume". Fursuit.info. 5 Januari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-18. Dicapai pada 4 April 2008.
  4. ^ a b Maass, Dave (7 Oktober 2007). "Fluff Piece". Santa Fe Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-02. Dicapai pada 3 April 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ a b "Furry text". Shadow Wulf's Alphas. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-28. Dicapai pada 3 November 2007.
  6. ^ "'Furries' Descend On Golden Triangle". WTAE-TV. 16 Jun 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-03. Dicapai pada 30 Jun 2006.
  7. ^ "Tail". WikiFur. Dicapai pada 3 April 2012.
  8. ^ Karen Dawson (Fatkraken) (3 September 2007). "Walkthrough - Making a fursuit head with a movable jaw". Cosplay Island. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-16. Dicapai pada 3 April 2012.
  9. ^ Riggs, Adam (2004). Critter Costuming: Making Mascots and Fabricating Fursuits. Ibexa Press. ISBN 0-9678170-7-2.
  10. ^ Post by Midwest FurFest 2006 registration coordinator (20 November 2006)
  11. ^ Universiti California, Davis Jabatan Psikologi (5 Mei 2007). "Furry Survey Results". Dicapai pada 5 Mei 2007.
  12. ^ "Furries". h2g2. Perbadanan Penyiaran British. 2 Julai 2002. Dicapai pada 4 April 2008.
  13. ^ "Anthrocon Standards of Conduct (v.2.2)". Anthrocon. 28 Mac 2006. Dicapai pada 4 April 2008.
  14. ^ Larson, Alina (33 Januari 2003). "Animal Instincts: Fans of Furry Critters Convene to Help Mankind". Tri-Valley Herald. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]