Fuwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fuwa (atau The Friendlies [1] Bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; secara harfiah ""Patung Bertuah"") ialah maskot rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008. Mereka telah dicipta oleh Han Meilin[2] dan diumumkan sebagai maskot Olimpik tepat 1000 hari sebelum bermulanya temasya sukan oleh Persatuan Pengajian Kesusasteraan Cina Klasik Kebangsaan pada 11 November 2005.

Maskot yang terdapat di Beijing

Fuwa merupakan nama kolektif untuk lima watak yang melambangkan lima unsur falsafah Cina serta lima warna logo Sukan Olimpik. Kelima-lima mereka ialah: Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini. Ketika menggabungkan lima nama itu, ayat "北京欢迎你 Běijīng huānyíng nǐ" dibentuk. Ayat ini bermaksud "Beijing menjemput anda". Dua daripada lima maskot itu, iaitu panda gergasi dan antelop Tibet merupakan spesies terancam.

Siri kartun yang bertemakan Olimpik yang mempunyai 100 episod telah bersiaran di China pada 8 Ogos 2007.[3]

Mereka melakukan penampilan kameo di permainan video Mario & Sonic at the Olympic Games.

Ciri-ciri maskot[sunting | sunting sumber]

Bèibei[sunting | sunting sumber]

Beibei
  • Jantina : Perempuan
  • Gelang Olimpik : Biru
  • Unsur : Air
  • Rekaan : Ikan
  • Sifat : Lemah-lembut, suci
  • Unggul diwakili : Kemakmuran
  • Sukan diwakili : Akuatik
  • Inspirasi kebudayaan : Lukisan Tahun Baru Cina; rekaan ikan daripada artifak Neolitik
  • Catatan : Dalam budaya tradisional Cina, ikan melambangkan kemakmuran, kerana perkataan ikan (魚/鱼) berbunyi seperti perkataan lebihan (餘 / 余). Frasa "Ikan kap melompat atas pintu naga" merupakan frasa tradisional untuk merangsang seseorang mengikut impian diri dan mencapainya. Corak hiasan kepala Beibei berasal daripada artifak yang digali di Banpo, sebuah kampung Neolotik budaya Yangshao.

Jīngjing[sunting | sunting sumber]

Jingjing
  • Jantina : Lelaki
  • Gelang Olimpik : Hitam
  • Unsur : Logam
  • Rekaan : Panda Gergasi
  • Sifat : Jujur, optimistik
  • Unggul diwakili : Kegembiraan
  • Sukan diwakili : Sukan mempertahankan diri dan lain-lain
  • Inspirasi kebudayaan : Panda Gergasi; Tembikar teratai Dinasti Song
  • Catatan : Sebagai spesies terancam, panda merupakan simbol kebangsaan China dan simbol alam sekitar antarabangsa. Asal hutan Jingjing juga melambangkan keharmonian hidup manusia dengan alam semulajadi.

Huānhuan[sunting | sunting sumber]

Huanhuan
  • Jantina : Lelaki
  • Gelang Olimpik : Merah
  • Unsur : Api
  • Rekaan : Obor Olimpik
  • Sifat : Ekstrovert, bersemangat
  • Unggul diwakili : Keghairahan
  • Sukan diwakili : Sukan yang melibatkan bola
  • Inspirasi kebudayaan : Rekaan api daripada Gua Mogao
  • Catatan : Huanhuan melambangkan keghairahan sukan, semangat Olimpik iaitu "lebih laju, lebih tinggi, lebih kuat" dan keghairahan Olimpik Beijing. Hiasan kepala Huanhuan berasal daripada rekaan api di Gua Mogao, groto agama Buddha di China yang terkenal.

Yíngying[sunting | sunting sumber]

Yingying
  • Jantina : Lelaki
  • Gelang Olimpik : Kuning
  • Unsur : Kayu
  • Rekaan : Antelop Tibet
  • Sifat : Bertenaga, berjiwa
  • Unggul diwakili : Kesihatan
  • Sukan diwakili : Olahraga
  • Inspirasi kebudayaan : Antelop Tibet; baju tradisional Tibet dan Xinjiang
  • Catatan : Antelop Tibet merupakan spesies terancam di Penara Tibet, yang dikenali dengan kepantasannya. Hiasan kepala Yingying mempunyai unsur baju tradisional Tibet dan Xinjiang. Kemasukan simbol Tibet telah menimbulkan kontroversi kerana Tibet diceroboh oleh China sejak 1950.

Nīni[sunting | sunting sumber]

Nini
  • Jantina : Perempuan
  • Gelang Olimpik : Hijau
  • Unsur : Bumi
  • Rekaan : Burung layang-layang
  • Sifat : Ikhlas, gembira
  • Unggul diwakili : Keberuntungan
  • Sukan diwakili : Gimnastik
  • Inspirasi kebudayaan : Burung layang-layang; layang-layang shayan Beijing
  • Catatan : Burung layang-layang merupakan lambang musim bunga dan kegembiraan, serta keberuntungan dalam budaya Cina. Perkataan burung layang-layang (燕) juga digunakan dalam nama Yanjing (燕京), nama lama Beijing. Hiasan kepala Nini menggunakan rekaan layang-layang shayan yang berasal dari Beijing. Layang-layang yang berwarna-warni ini berbentuk salib dan direka mengikut bentuk burung layang-layang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. F, D (29 November 2006), Not so friendly anymore, Time Out (November 2006): 6 
  2. [1] - retrieved 11 September 2007
  3. Olympic cartoon a hit in China

Pautan luar[sunting | sunting sumber]