Fuziah Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Hajjah (Y.B. Hajjah)
 Fuziah Salleh
Fuziah Salleh

Ahli Parlimen
untuk P83 Kuantan, Pahang
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – Sekarang
Didahului oleh Dato’ Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan Persatuan Cina Malaysia (MCA) – Barisan Nasional (BN)
Majoriti 1,826

Tarikh lahir 13 Julai 1959
Tempat lahir Flag of Johor.svg Johor, Flag of Malaya.svg Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat logo.svg Parti Keadilan Rakyat (PKR) – Pakatan Rakyat (PR)
Pasangan Profesor Dr. Haji Russly Bin Abdul Rahman
Anak 6
Pekerjaan Ahli Parlimen Kuantan
Agama Islam
Laman web http://fuziahsalleh.my/

Yang Berhormat Hajjah Fuziah Salleh merupakan Ahli Parlimen Kuantan, Pahang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Fuziah Salleh telah menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuantan dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato’ Fu Ah Kiow dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), dengan majoriti 1,826 undi. MCA adalah salah satu dairpada parti-parti komponen utama Barisan Nasional (BN). Fuziah Salleh mendapat 18,398 undi, manakala Dato’ Fu Ah Kiow hanya mendapat 16,572 undi sahaja. Masa ini, Fuziah merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).

Beliau dilahirkan di Johor pada 13 Julai 1959 tetapi dibesarkan di Pahang.


Pendidikan [sunting]

  • Sekolah Perempuan Methodist Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari University of Reading, United Kingdom (UK)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan University of Wales, United Kingdom (UK)


NGO [sunting]

  • The Young Muslims UK (1988-1992)
  • Jamaah Islah Malaysia (JIM)


Jawatan Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) [sunting]

  • Naib Presiden (sejak November 2010 hingga sekarang)
  • Ahli Biro Politik Pusat (sekarang)
  • Ketua Cabang Kuantan (sejak 2002 hingga sekarang)
  • Pengarah Pilihanraya Pusat (sejak Februari 2010 hingga Dec 2010)
  • Pengarah Biro Latihan Pusat (sejak April 2008 hingga Januari 2010)
  • Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat (sejak Jun 2007 hingga Mei 2009)
  • Ketua Wanita Pusat (2000-2007)
  • Bermula sebagai Timbalan Ketua Wanita Pusat semasa Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan pada 1999