Lesen Dokumentasi Bebas GNU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari GFDL)
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo GNU

Lesen Dokumentasi Bebas GNU (b. Inggeris: GNU Free Documentation License, disingkatkan kepada GNU FDL atau GFDL) merupakan lesen penyalinan "copyleft" untuk kandungan bebas. Ia direka bentuk oleh Yayasan Perisian Bebas untuk projek GNU. Teks rasmi untuk versi 1.2 boleh didapati di Laman Web Rasmi GNU.

Lesen ini bertujuan untuk dokumentasi perisian dan sebarang bahan rujukan atau bahan panduan. Ia menyatakan bahawa sebarang salinan bahan tersebut, walaupun diubahsuai, dilesenkan dengan lesen yang sama. Salinan tersebut boleh dijual tetapi, jika dihasilkan dalam jumlah yang banyak, perlu disediakan dalam format yang membenarkan penyuntingan diteruskan. Wikipedia adalah projek dokumentasi terbesar yang menggunakan lesen ini.

Kumpulan guaman Debian menganggap bahawa GFDL "tidak-bebas" kerana perlesenan ini tidak menepati Garis Panduan Perisian Bebas mereka.

Sila lihat: Draf Kenyataan Debian mengenai FDL GNU.

Seksyen Kedua[sunting | sunting sumber]

Lesen ini mengasingkan "Dokumen" daripada "Bahagian-bahagian Sekunder" secara explisit. Bahagian-bahagian sekunder tidak boleh disepadukan dengan Dokumen tetapi wujud sebagai bahan-bahan untuk perkara depan ataupun untuk lampiran. Ia cuma boleh mengandungi maklumat mengenai perhubungan antara pengarang atau penerbit dengan perkara dokumen. Sedangkan keseluruh Dokumen boleh disunting dan dilindungi oleh lesen yang sama dengan (tetapi tidak secocok antara satu sama lain) Lesen Awam Umum GNU, beberapa bahagian sekunder mempunyai pelbagai sekatan yang direka secara khas untuk mengendalikan penghargaan kepada pengarang-pengarang yang lepas. Khususnya, sekatan-sekatan ini termasuk:

  • pengarang-pengarang untuk versi terdahulu hendak diberi penghargaan;
  • perubahan tidak boleh dibuat kepada bahagian-bahagian yang telah ditentukan oleh pengarang asal;
  • bahagian mengenai perhubungan pengarang kepada perkara dokumen juga tidak boleh diubah.

Jika terdapat bahan-bahan yang telah diubah suai, tajuk harus ditukar (kecuali jika pengarang asal memberikan keizinan untuk mengekalkannya). Lesen ini juga mempunyai peruntukan untuk mengendalikan teks untuk kulit depan dan kulit belakang bagi buku-buku, serta juga untuk bahagian "Sejarah", "Penghargaan", "Dedikasi" dan "Sokongan".

Menggunakan GFDL[sunting | sunting sumber]

Bagi sesebuah dokumen untuk dilindungi oleh GFDL, ia mestilah memasukkan hak cipta (copyright) yang tertentu dan pemberitahuan lesen.

Wikipedia dan GFDL[sunting | sunting sumber]

Kesemua rencana Wikipedia adalah dilesenkan kepada umum di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Lihat Wikipedia:Hakcipta untuk maklumat lanjut. Salinan lesen seperti yang diwajibkan oleh syarat-syarat GFDL berada di Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

Bahan yang dilarang diedarkan secara perdagangan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan yang telah dilarang untuk pengedaran semula secara perdagangan tidak boleh digunakan dalam dokumen yang dilesenkan oleh GFDL (umpamanya, rencana Wikipedia) kerana lesen ini tidak menghalangkan penggunaan semula untuk tujuan perdagangan. Bagaimanapun, dalam beberapa kes yang tertentu, penggunaan semula untuk tujuan perdagangan mungkin boleh dianggap sebagai penggunaan berpatutan (fair use). Dalam kes tersebut, bahan-bahan itu tidak perlu dilesenkan di bawah GFDL jika penggunaan berpatutan ini dapat dilindungi oleh semua penggunaan kemudian yang berpotensi. Satu contoh yang baik mengenai penggunaan berpatutan yang terbuka dan komersil ialah parodi.

Rencana berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Di sini adalah sumber-sumber yang membincangkan kesesuaian GFDL: