Konfederasi Bola Sepak Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gabungan Bola Sepak Asia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Konfederasi Bola Sepak Asia

Logo AFC
Logo AFC

Ahli-ahli AFC
Ahli-ahli AFC

Moto "The Future is Asia"
Penubuhan 8 Mei 1954
Jenis Organisasi sukan
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Keahlian 47 ahli (dari 4 wilayah bersekutu)
Presiden Bahrain Salman Bin Ibrahim
Laman sesawang http://www.the-afc.com

Konfederasi Bola Sepak Asia [1] atau (Asian Football Confederation - AFC) merupakan badan pentadbiran bola sepak bagi 46 ahlinya, kebanyakan negaranya di Asia. Negara-negara yang mempunyai wilayah di dalam Asia dan Eropah, seperti Turki, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan, dan Georgia, juga seperti Israel dan Armenia yang berada di dalam Asia sepenuhnya di bawah pentadbiran UEFA. Sebaliknya Australia yang dulunya bernaung di bawah OFC kini berada di dalam AFC semenjak 2006.

AFC telah ditubuhkan pada 8 Mei 1954 di Manila, Filipina, dan ia merupakan salah satu daripada enam benua/konfederasi FIFA. Ibu pejabatnya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Presiden AFC terkini adalah Salman Bin Ibrahim dari Bahrain.

Sejarah pembentukan[sunting | sunting sumber]

AFC ditubuhkan secara rasminya pada 5 Ogos 1954 semasa berlangsungnya Sukan Asia. 12 ahli pengasas adalah Afghanistan, Burma (Myanmar), Taipei Cina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Ia secara rasmi diperakukan oleh FIFA pada 21 Jun 1954, sehari selepas Korea Selatan disingkirkan kalah 0-7 kepada Turki di dalam Piala Dunia FIFA 1954.[2]

Kejohanan-kejohanan AFC[sunting | sunting sumber]

Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia. Penyertaannya melibatkan juara liga empat belas negara sepak bola terkuat di Asia. AFC juga menganjurkan Piala AFC bagi juara liga dari negara yang berada dirangking ke 15 ke atas.

Bola sepak wanita di Asia[sunting | sunting sumber]

Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia (ALFC) adalah sebahagian daripada AFC yang menguruskan bola sepak wanita di Asia. Kumpulan ini ditubuhkan secara bebas pada bulan April 1968 di dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1986 ALFC bergabung dengan AFC.[3] Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia telah membantu menguruskan Piala Asia Wanita AFC, pertama kali diadakan pada tahun 1975, juga Kejohanan Wanita B-19 AFC dan Kejohanan Wanita B-17 AFC.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

AFC dipecahkan kepada empat kawasan.[4] Di bawah menunjukkan pasukan-pasukan kebangsaan Asia dipecahkan mengikut wilayah (tetapi tidak semestinya sebahagian daripada wilayah persekutuan bola sepak mereka). Oleh kerana ada peraturan, contohnya kekangan agama dan budaya, hanya ASEAN dan Asia Timur mencukupkan pasukan bola sepak wanita.


Persekutuan Bola Sepak ASEAN[sunting | sunting sumber]


Persekutuan Bola Sepak Asia Timur[sunting | sunting sumber]


Persekutuan Bola Sepak Asia Barat[sunting | sunting sumber]


Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah dan Selatan[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli AFC & SAFF

Ahli-ahli AFC & CAFF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. AFC tidak berkompromi dengan keputusan
  2. "About AFC". The-afc.com. 2007-09-06. Diperoleh pada 2010-06-23. 
  3. [1][pautan putus]
  4. [2][pautan putus]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]