Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
GPMS
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung
frames
Presiden Jais Abdul Karim
Setiausaha Agung Zambri Mohd Isa
Penubuhan 15 Ogos 1948
Laman web rasmi http://www.gpms.my/

Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) adalah merupakan badan bukan kerajaan yang diwakili oleh pelajar melayu semenanjung.Presiden sekarang adalah Jais Abdul Karim yang dilantik menggantikan Presiden yang lama iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 23 November 2009.[1]

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

GPMS telah diasaskan oleh Aminuddin Baki. Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin telah terbabit dengan persatuan pelajar kerana kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Hasil persidangan oleh tujuh persatuan telah membentuk Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Isu dan Kontroversi [sunting]

Memorandum Bantah Perobohan Gerai Penjaja Kecil [sunting]

Pada 23 April 2010, GPMS Pulau Pinang dipimpin oleh Jais Abdul Karim menghantar memorandum membantah gerai penjaja kecil Melayu dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Memorandum itu diterima oleh wakil Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) .Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman menyatakan kerja merobohkan gerai haram dihentikan dan diganti dengan mekansime baru mulai 1 Mei 2010 .[2]

Alamat surat-menyurat [sunting]

Gabungan Pelajar Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS)
No. 1 Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
Phone: 603-2692 7026 Fax: 603-269 2 7026


Pautan luar [sunting]

Rujukan [sunting]