Gadaffi bin Ismail Sabri
| Dafi | |
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Gadaffi bin Ismail Sabri |
| Lahir | 14 Disember 1988 (umur 23) |
| Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 2007–sekarang |
| Label | KRU Music Group |
Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi dilahirkan pada 14 Disember 1988.[1] Beliau merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada YB, Datuk Ismail Sabri Yaacob, iaitu Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Malaysia.
Beliau boleh dikatakan sebagai pelajar AF yang bertuah. Sejurus selepas tersingkir, Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM2.[1] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul.[1]
Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.[1]
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Dafi, telah memperoleh Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dari Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, ini membuatkan beliau layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan, beliau diberi peluang untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen universiti atas penerimaan anugerah tersebut.
Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[2]
[sunting] Diskografi
- Seumur Hidup (2009)
[sunting] Lagu
Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU.[1] Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[3]
Dafi telah berkolaborasi dengan Shila dari One in a Million dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4
[sunting] Drama
- Hotelmania di TV3
- Opah Popular di Astro Warna
[sunting] Iklan
- Aiskrim Walls bersama dengan seorang penyanyi dari Indonesia, Gita Gutawa
- Brands
- Coca-Cola bersama dengan penyanyi dari One In A Million 8TV, Shila
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 http://www.kru.com.my/krumatrix/kmg/artists/dafi.asp
- ↑ Limkokwing University’s official website-Father is source of inspiration – Dafi
- ↑ http://duyung.net