Gaharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gaharu
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Malvales
Famili: Thymelaeaceae
Genus: Aquilaria
Spesies: A. malaccensis
Nama binomial
Aquilaria malaccensis
Lamk.
Sinonim

A. agallocha[1][2],
A. secundaria[1][2],
A. malaccense[2],
Agalochum malaccense[2]

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu.[3][4]

Pokok gaharu boleh ditemui di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.

Tiada bukti A. malaccensis tumbuh dan hidup di Iran, dan tiada pengeluaran spesies gaharu yang lain juga direkodkan berlaku di Iran(CITES Management Authority of Iran, in litt. to TRAFFIC Southeast Asia, June 2003). Oleh itu, Iran tidak dianggap sebagai negara pengeluar A.malaccensis lagi dalam laporan ini.

Ladang gaharu di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu. Ada kalanya mereka menceroboh kawasan hutan simpan.

Kini, ladang gaharu telah diusahakan syarikat Gaharu Technologies Sdn Bhd di kawasan seluas 113 hektar di Gopeng, Perak. Mengikut kajian, 400 pokok boleh ditanam di kawasan seluas 0.4 hektar dan boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1.8 juta. Apabila mencapai 7-10 tahun, pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Ladang gaharu berskala besar ini turut mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal.

Kajian mengenai kesesuaian penanaman pokok gaharu itu sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada ia dapat menjadi tanaman sampingan di kebun kelapa sawit dan getah bagi menjana pendapatan alternatif kepada pekebun kecil.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Broad, S. (1995) "Agarwood harvesting in Vietnam" TRAFFIC Bulletin 15:96
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "Annex 2: Review of Significant Trade: Aquilaria malaccensis" (PDF). 14th meeting of the Plants Committee, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora. .. Windhoek, Namibia: CITES PC14 Doc.9.2.2. November 2003. http://www.cites.org/eng/com/pc/14/E-PC14-09-02-02-A2.pdf. 
  3. "Pokok Gaharu@Agarwood". Edaran Herbatani. 2006. http://www.herbatani.com/pokok%20gaharu.html. Capaian 18 Februari 2009. 
  4. "Gaharu (Aquilaria)". WWF-Indonesia. 2009. http://www.wwf.or.id/index.php?fuseaction=whatwedo.species_gaharu&language=i. Capaian 18 Februari 2009. 
  5. "Pokok Gaharu Tanaman Lumayan Bagi Pekebun Kecil", BERNAMA, 19 Januari 2009. Dicapai pada 18 Februari 2009.