Gajah India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gajah India
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Proboscidea
Keluarga: Elephantidae
Genus: Elephas
Spesies: E. maximus
Subspesies: E. m. indicus
Nama trinomial
Elephas maximus indicus
Cuvier, 1798

Gajah India merujuk kepada sub-spesies gajah Asia dan merupakan sub-spesies yang terbanyak jumlahnya. Gajah Asia banyak terdapat di India, tetapi terdapat juga dalam bilangan kecil di Bangladesh, Bhutan, Borneo, Kemboja, China, Laos, Semenanjung Malaysia, Myanmar, Nepal, Thailand, Sumatera dan Vietnam. Sub-spesies lain gajah Asia adalah:-

Bukti arkeologi menunjukkan bahawa gajah India telah dijinakkan di lembah sungai Indus sekitar 4,000 tahun dahulu. Menjinakkan tidak serupa dengan ternakan. Haiwan ternakan, seperti lembu atau anjing, dilahirkan dalam kurungan dan akhirnya menurut pembiakan pilihan. Gajah disebabkan perangai bengisnya, makanannya yang mahal dan pertumbuhan yang perlahan (15 tahun untuk menjadi dewasa), biasanya, kecuali dengan beberapa pengecualian, sentiasa ditangkap dari hutan dan berikutnya dijinakkan untuk beberapa tujuan. Spesies pertama dijinakkan dengan cara itu adalah Gajah India, untuk tujuan pertanian. Pengunaan gajah perang dalam ketenteraan bermula sekitar 1100 SM dan disebut dalam beberapa penulisan suci Sanskrit.

Penggunaan gajah sekali lagi oleh Kesultanan India, hampir mengakhiri penaklukan Raja Timur. Pada tahun 1398 tentera Timur berhadapan dengan seratus gajah India dalam pertempuran dan hampir kalah akibat tenteranya ketakutan. Sejarah menceritakan bahawa orang-oang Turki menang dengan menggunakan strategi bijaksana: Raja Timur membakar jerami dibelakang untanya sebelum menyerbu. Asap membuatkan unta berlari kehadapan dan menakutkan gajah yang melenyek tentera mereka sendiri ketika berusaha melarikan diri. Satu lagi cerita dalam kempen itu (oleh Ahmed ibn Arabshah) melaporkan bahawa Raja Timur menggunakan (kaltrop) besar untuk menghentikan serbuan gajah. Kemudian, pemimpin Turki tersebut menggunakan gajah-gajah tersebut menentang Empayar Turki Uthmaniyyah.