Gal Costa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gal Costa

Gal Costa (dilahirkan Maria da Graça Costa Penna Burgos pada 26 September 1945) merupakan seorang penyanyi yang popular di Brazil.

Dilahirkan di Salvador, Brazil, Gal Costa dipengaruhi oleh ayahnya, seorang pemilik kedai rekod, sejak muda lagi dan kemudian menjadi salah satu penyanyi dan pemain gitar gerakan Tropikalismo wanita yang terutama pada lewat 1960an dan 70an. Bersama-sama dengan rakannya, Maria Bethânia, Costa menjadi seorang aktivis politik dan sering bercanggah dengan kerajaan Brazil apabila muzik-muzik sumbang ditapis. Pada 1963, Caetano Veloso, abang Maria Bethania yang juga ahli muzik, memperkenalkannya kepada Gilberto Gil dan Tom Zé. Kedua-dua mereka ini dapat memperoleh kontrak perakaman untuk Costa di São Paulo bagi album pertamanya, Domingo, dengan Caetano Veloso. Pada 1973, India, kulit album Costa, ditapis disebabkan dia memakai bikini merah yang tidak senonoh. Costa telah merakamkan lagu-lagu yang digubah oleh sebilangan penulis lagu Brazil yang terpopular, seperti Tom Jobim, Jorge Ben Jor, dan Erasmo Carlos. Pada 1982, single "Festa Do Interior" daripada album kembarnya, Fantasia, menjadi lagu kegemaran ramai yang terpopular, dan mencapai platinum berbilang pada akhir tahun tersebut. Pada tahun 1995, Costa muncul dalam filem The Mandarin (Mandarim, O) sebagai penyanyi Carmen Miranda. Dia telah merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Portugis, Sepanyol, dan Inggeris.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.