Galeri Layang-layang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muzium Rakyat, Kecantikan, dan Layang-layang Melaka.

Galeri Layang-layang merupakan sebuah muzium yang terletak di aras satu dalam bangunan yang dikenali sebagai Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-layang di Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka. Muzium Layang-layang ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada bulan September 1995.

Muzium ini mempamerkan sejarah bermulanya permainan layang-layang di seluruh dunia baik sebagai alat komunikasi atau digunakan dalam peperangan, sukan dan masa lapang. Memperkenalkan kita kepada tradisi pembuatan, permainan, dan fungsi layang-layang yang dikongsi bersama oleh banyak negara di dunia. Ia mempamerkan pelbagai bentuk layang-layang tradisi dan moden termasuk wau tradisional Nusantara. Terdapat pelbagai saiz layang-layang yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan moden. la pasti akan mendorong kita untuk mengenali layang-layang, mengkagumi, menghargai seni pembuatan,dan keindahan layang-layang.

Waktu Operasi[sunting | sunting sumber]

9 pagi - 6 petang (Ditutup pada hari Isnin)