Galeri Sultan Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandar Alor Setar, Kedah, Malaysia. Dahulu galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Star. Namun, ia diubah suai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri sempena Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu. Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.[1]

Galeri Sultan Abdul Halim memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Yang turut dipamerkan ialah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini.[1] Tidak jauh dari Galeri Sultan Abdul Halim terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Norlida Akmar Idros (2012). "Mengenali keperibadian Tuanku Abdul Halim". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 1 Februari 2014.