Galyani Vadhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Galyani Vadhana
Puteri Thailand
Puteri Naradhiwas
Nama penuhGalyani Vadhana
PasanganAram Rattanakul Serireongrit (1944-1950)
Putera Varananda Dhavaj
(1969-1990)
AnakandaDhasanawalaya Sornsongkram
Kerabat dirajaDinasti Chakri
AyahandaMahidol Adulyadej
BondaSrinagarindra
Puteri Galyani Vadhana dihiasi bendera diraja Thai. royal flag and the national flag

Puteri Galyani Vadhana, Tuanku Puteri Naradhiwas (Bahasa Thai: กัลยาณิวัฒนา; 6 Mei 1923 – 2 Januari 2008) merupakan puteri Thailand dan kakak kepada Raja Ananda Mahidol (Rama VIII) dan Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX). Beliau juga cucu Raja Chulalongkorn (Rama V).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Puteri Galyani Vadhana telah dilahirkan pada 6 Mei 1923 di London, England, anak perempuan Raja Mahidol Adulyadej Songkla, anak ke-69 Raja Chulalongkorn (Rama V) dan anak ke-7 Ratu Savang Vadhana, dan Puteri Sangwal Talabhat (kemudian dikenali sebagai Puteri Srinagarindra). Dia mulanya dipanggil "Mei" dalam sijil kelahirannya dan kemudian dinamakan Ibu Chao Galyani Vadhana Mahidol oleh Raja Vajiravudh (Rama VI). Nama "Vadhana" sempena nama nenek bapanya, Savang Vadhana. 1927, dinaikkan pangkat diraja, Puteri Thai (Phra Vorawongse Ther Phra Ong Chao) oleh Raja Prajadhipok (Rama VII).


Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 1944, Puteri Galyani Vadhana berkahwin dengan Kolonel Aram Rattanakul Serireongrit (24 Ogos 1920 - 3 Februari 1982), anak lelaki General Luang Serireongrit (Charoon Ratanakul Serireongrit) , bekas panglima besar semasa Perang Dunia Kedua. Anak mereka Thanpuying Dasna Valaya Ratanakul Serireungriddhi (Sorasongkram) (lahir pada 1945 di Switzerland). Mereka bercerai kemudiannya.

Pada 1969 berkahwin pula dengan Varananda Dhavaj (19 Ogos 1922 - 15 September 1990) tetapi tiada anak.

Gelaran diraja[sunting | sunting sumber]

Semasa ulang tahun ke-72 Princess Galyani Vadhana pada 6 Mei 1995, abangnya, Raja Bhumibol menganugerah gelaran "Krom Luang Naradhiwas Rajanagarindra"

Projek diraja[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam pelbagai projek kesenian dan kebajikan seperti Kesenian Thai, pendidikan, sukan, kebajikan masyarakat, dan sebagainya seperti Cardiac Children's Foundation, Dana Amal Princess Mother, Autistik Yayasan Thailand. Beliau juga berbakat menulis buku dan puisi hasil perjalanan kembara ke serata dunia.

Tahap kesihatan[sunting | sunting sumber]

Puteri Galyani Vadhana dimasukkan ke Hospital Siriraj pada Jun 2007 kerana menderita sakit perut / kanser abdomen.Kemudian rawatan pada otak kiri dan arteri serebrum.

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

Semasa belajar Prathom 1 hingga Prathom 3, dia membaca pelbagai bahan berbahasa Thai. Antaranya novel dari Switzerland 1878 bertajuk Sans Famille.

Beliau menjadi bahasa Perancis di Universiti Thammasat dalam bidang linguistik. Apabila mengembara , beliau akan membawa dan membaca pelbagai buku seperti seni, dan kaji purba .

Fotografi[sunting | sunting sumber]

Puteri Galyani Vadhana mempunyai minat besar dalam fotografi terutama gambar kembara ke serata dunia dan digunakan dalam pelbagai tulisan kembaranya.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau meminat muzik klasik ketika belajar di Switzerland. Beliau menyokong penubuhan Bangkok Symphony Orchestra dan Chulalongkorn University Symphony Orchestra dan merupakan penaung Bangkok Opera.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Victor Hugo , daripada UNESCO pada 1992
  • Pingat Naratip daripada Badan Penulis Negeri Thai, 2002
  • Anugerah WHO / SEARO daripada Pejabat Serantau Untuk Asia Tenggara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 2003

Ijazah Kehormat[sunting | sunting sumber]

  • Doktor Kehormat Kesenian bahasa Perancis,Chiang Universiti Mai
  • Doktor Kehormat Kesenian Sejarah,Universiti Raja Songkla
  • Doktor Kehormat Pendidikan, Universiti Chulalongkorn
  • Doktor Kehormat Pergigian, Universiti Raja Songkla
  • Doktor Kehormat Kesenian bahasa Perancis,Universiti Khon Kaen
  • Doktor Kehormat Sains Kejururawatan,Universiti Khon Kaen
  • Doktor Kehormat Sains Kejururawatan,Sukhothai Universiti Thammathirat
  • Doktor Sains Kehormat Dalam Kimia,Khon Kaen Universiti
  • Doktor Perubatan Kehormat,Universiti Srinakharinwirot
  • Doktor Sains Kehormat Dalam Kesihatan Awam Masyarakat,Rajabhat Universiti Rajanagarindra

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Januari 2008, jam 2:54 am beliau meninggal dunia di Hospital Siriraj di Bangkok, Thailand pada usia 84 tahun .Lebih 740,000 rakyat Thailand mengunjungi Hospital Siriraj dan ramai diantaranya tidur dan berdoa di perkarangan hospital itu . Dengan pengaruh kuat Hindu, raja disanjung tinggi sebagai Raja yang diturunkan oleh Tuhan dengan upacara keagamaan dan ritual kematian diamalkan mengikut kepercayaan agama Buddha. [1]

Majlis bermula di Dewan Tahkta Dusit Maha Prasat. Abu mayat akan dipindahkan ke makam diraja di Sanam Luang.[2]

Kerajaan Thailand menganjurkan rakyat berpakaian hitam-hitam dan berkabung selama 100 hari. Bendera Thailand dikibar separuh tiang selama 3 hari. Walaupun Thailand berhadapan 18 kali kudeta terhadap Perdana Menteri Thaksin Shinawatra tetapi rakyat Thailand tetap tunduk patuh kepada Raja Bhumibol. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 740,000 Rakyat Thai Ziarah Raja Bhumibol Di Hospital
  2. ^ Pengebumian Diraja Puteri Thailand Bermula
  3. ^ "Ratu Galyani Meninggal, Thailand Berkabung 100 Hari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-01. Dicapai pada 2012-12-01.