Gamemaster
|
|
Rencana atau bahagian ini mungkin mengandungi bahan kajian peribadi atau tuntutan pendapat yang tidak disahkan. Sila perbaiki rencana ini dengan menambah rujukan. Lihat laman perbincangan untuk maklumat lanjut. (Ogos 2010) |
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. (Ogos 2010) |
Seorang Gamemaster (secara literal dalam bahasa Melayu: Tuan permainan), kadang-kala digelar sebagai Game Master, Game Manager, God Moderator, God Modder, Godmodder ataupun hanya sebagai singkatannya iaitu GM merupakan seorang pemain dalam sebuah permainan pemain berganda yang memainkan peranan sebagai penyelaras, pengadil dan penimbangtara dalam situasi-situasi berperaturan. Mereka paling kerap dilihat dalam permainan-permainan yang memerlukan kerjasama di mana para pemain membantu satu sama lain dan jarang dilihat dalam permainan persaingan di mana para pemain menentang antara satu sama lain.
Kini, Gamemaster seringkali dikaitkan dengan permainan berperanan. Dalam sebuah permainan berperanan seorang Gamemaster mempunyai tujuan tertentu, selalunya sebagai pelengkap cerita kepada plot yang dimainkan player character, disamping mengawal aspek-aspek non-player character dan mencipta sebuah suasana di mana para pemain boleh berinteraksi. Peranan asas seorang Gamemaster - membantu dalam peraturan, pengadilan dan penceritaan - adalah sama dalam hampir setiap judul permainan berperanan, meskipun set peraturan yang berbeza mencipta tugasan-tugasan khas yang unik kepada GM yang tertakluk di bawah sistem tersebut.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |