Gan Ping Sieu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senator Gan Ping Sieu @ Gan Ping Shou (lahir 18 April 1966) di Kluang adalah politik MCA di kawasan DUN Mengkibol, Kluang, Johor. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden MCA dan sebagai Senator di Dewan Rakyat. Beliau juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua MCA Bahagian Kluang.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 2004, Gan Ping Sieu menjadi Adun Mengkibol dengan majoriti 9095 undi selepas menang dalam Pilihan raya 2004 dan dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Pusat MCA (CC) dan Ketua Biro Pendidikan Politik.

Tapi pada 2008 beliau kalah kepada calon DAP. Mengkibol terletak dalam Parlimen Kluang. Satu lagi DUN dalam Parlimen Kluang adalah Dun Mahkota. Ng Lam Hua (DAP) menang dengan mendapat 13,538 undi dan majoriti 561 undi. Sementara Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (BN) mendapat 12,257 undi . Dalam Pilihan raya 1995 dan 1999 Ng Kim Lai (BN) menang di Mengkibol. Beliau menewaskan Teo Chue Koon dari DAP.

Pengundi kawasan Mengkibol dari Gunung Lambak, Kampung Mengkibol, Taman Muhibbah, Kampung Baharu Yap Tau Sah , Taman Kampung Masjid, Taman Intan dan lain-lain.

Pada 4 Jun 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Belia dan sukan.Turut dilantik dan mengangkat sumpah ialah Datuk G. Palanivel, Datuk Donald Lim, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Datuk Richard Riot dan Chua Tee Yong. Mereka angkat sumpah menyimpan rahsia negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Majlis itu dihadiri oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi;Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 29 November 2011, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau berharap sasaran satu juta sukarelawan menjelang akhir tahun 2012 akan tercapai.