Gelang token

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rangkaian gelang token

Teknologi gelang token merupakan satu teknologi untuk menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Olof Söderblom, yang ketika itu bekerja dengan IBM [1]. Paten AS diberikan pada 1981, lalu IBM memaju dan mempromosikannya pada awal 1980-an, dan kemudian dipiawaikan sebagai IEEE 802.5 oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik. Pada awalnya, teknologi ini amat berjaya, namun selepas kemunculan 10BASE-T untuk Ethernet dan piawai kabel EIA/TIA 568 pada awal 1990-an, populariti gelang token jatuh mendadak. Usaha pemasaran hebat dari IBM mendakwa prestasi dan kebolehpercayaan yang lebih baik dari Ethernet untuk aplikasi genting, namun ia gagal.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Stesen dalam LAN gelang token disusun mengikut topologi rangkaian gelang. Bit paten khas dipanggil token dihantar mengelilingi gelang. Satu alatan dalam rangkaian boleh menghantar data hanya jika ia mempunyai token kawalan tersebut. Oleh itu ia dapat menghapuskan perlanggaran data dalam rangkaian.

Contoh: Komputer A menerima token. Ia mempunyai pilihan untuk menghantar token ke B, jika tiada data untuk dihantar atau menandakan token sebagai 'sedang digunakan' dan menghantar datanya. Bila data yang dihantar diterima semula oleh A (selepas satu pusingan penuh) A akan menandakan token sebagai 'tidak digunakan' dan menghantarnya ke stesen seterusnya dalam gelung.

Dalam proses ini, adalah perlu untuk memastikan token sentiasa bergerak. Contoh: Stesen C menerima token tetapi berlaku kerosakan sistem, sebelum ia boleh menghantar token semula. Oleh itu token akan hilang. Untuk mengatasinya perlu ada satu atau lebih stesen – stesen pengawal dalam rangkaian supaya tugasnya ialah sentiasa mengesan penghantaran token. Jika token tidak tiba hingga masa maksima yang ditetapkan, stesen pengawal akan menjana token baru.