Gelembung Tempatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gelembung Tempatan (mengandungi Matahari dan Beta Canis Majoris) dan Gelembung Tempatan (mengandungi Antares)

Gelembung Tempatan ialah kawasan medium antara najam (MAN) Lengan Orion Bima Sakti. Ia sekurang-kurangnya 300 tahun cahaya lebar dan mempunyai ketumpatan hidrogen neutral satu persepuluh daripada min 0.5 atom per cm3 untuk MAN dalam Bima Sakti. Gas berbaur yang panas dalam Gelembung Tempatan memancarkan sinar X. Yang paling pelik ialah, gas panas Gelembung Tempatan adalah kesan dari letupan supernova yang berlaku dua hingga empat juta tahun.[1] Calon yang paling mungkin bagi peninggalan supernova ini adalah "Geminga" ("Punca sinaran gamma Gemini"), satu pulsar dalam buruj Gemini.

Sistem Suria telah melalui Gelembung Tempatan buat lima hingga sepuluh juta tahun.[1] Kedudukan terkininya berada dalam Awan Antara Najam Tempatan, satu kawasan kecil yang mempunyai bahan yang lebih padat dalam Gelembung. Awan itu terbentuk di tempat bertembungnya Gelembung Tempatan dan Gelembung Gegelung I. Gas dalam Awan Antara Najam Tempatan mempunyai ketumpatan menghampiri 0.1 atom per sentimeter padu.

Gelembung Tempatan bukanlah sfera, tetapi a lebih sempit di bahagian satah galaksi, menjadi seperti bentuk telur atau lonjong, dan mungkin melebar di atas dan di bawah satah galaksi, lalu menjadi bentuk jam pasir.

Gelembung Tempatan bersempadan dengan gelembung lain yang kurang ketumpatan awannya, termasuklah, Gelembung Gegelung I. Gelembung Gegelung I terbentuk oleh supernova dan angin najam dalam Gabungan Scorpius-Centaurus, lebih kurang 500 tahun cahaya daripada Matahari. Gelembung lain yang bersempadan dengan GElembung tempatan ialah Gelembung Gegelung II dan Gelembung Gegelung III.

Gelembung Loop I mengandungi bintang Antares (juga Alpha Scorpii) yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah kanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Local Chimney and Superbubbles, Solstation.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]