Gembala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Maasai di Serengeti Timur.
Budak gembala dengan kawanan kambingnya di Chinawal, India

Gembala atau penggembala merupakan pekerja yang menjaga pelbagai jenis haiwan bela jinak yang terurus secara berkawanan di tempat-tempat yang terdapat tanah pastura yang lapang untuk meragut rumput. Oleh sebab kerjanya rata-rata di lapangan, maka gembala berpindah-randah sepanjang tugas. Ada kemungkinan bahawa tanah-tanah ragutan ternakan gembala tidak dituntut sebagai harta sesiapa pun, iaitu tanah awam.

Antara haiwan-haiwan yang sesuai dikerjakan oleh gembala adalah lembu, kambing, biri-biri, rusa dan sebagainya. Kanak-kanak yang bekerja sebagai gembala digelar budak gembala.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]