Gemencheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gemencheh
Moncheh
Pekan
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahTampin
LuakGemencheh
Pentadbiran
 • Wakil rakyatYB Dato Mohd Isam bin Mohd Isa (Kerajaan Perpaduan)
 • Ahli Parlimen TampinYB Datok Dr. Hasan bin Bahrom (AMANAH)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
73200 Gemencheh
Kod kawasan6
Gemencheh
Lokasi Luak Gemencheh di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Gemencheh di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Johol
Pentadbiran
 • Penghulu Pesaka Luak GemenchehDato' Mohd Kamil Abd Aziz

Gemencheh (sebutan dalam loghat tempatan: Moncheh; Jawi: ڬمنچه) merupakan sebuah pekan yang terletak di antara Tampin dan Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Bagi penduduk asal, Pekan Gemencheh dipanggil 'Simpang' kerana terdapatnya tiga simpang menghubungkan Tampin, Gemas & Gemencheh Lama. Terdapat tiga pekan-pekan kecil di Gemencheh iaitu Pekan Gemencheh Baru, Pekan Gemencheh Lama, Pekan Gedok dan Pekan Air Kuning. Kedudukan pada latitud 2.5333 dan longitud 102.4000, 60 meter dari aras laut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada suatu masa dahulu, orang Minangkabau bertengkar dengan penduduk asal untuk mendapatkan hak mereka iaitu dari segi pendidikan, kawasan, harta dan sebagainya. Melihatkan keadaan tersebut, isteri Tok Batin, iaitu ketua bagi penduduk setempat, berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan mendamaikan kedua-dua belah pihak yang terlibat. Nama isteri Tok Batin itu ialah 'Gemencheh'. Maka nama isteri Tok Batin pada waktu itu iaitu 'Gemencheh' diambil untuk kawasan ini sempena beliau mendamaikan orang Minangkabau dan penduduk asal. Penduduk Negeri Sembilan memanggil 'Gemencheh' dengan nama 'Gomoncheh', mengikut dialek mereka dan suka memendek-mendekkan nama. Oleh sebab itu, Gemencheh lebih dikenali dengan nama 'Moncheh' yang diambil daripada perkataan 'Gomoncheh'.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Jambatan Gemencheh

Semasa Perang Dunia Kedua, Jambatan Gemencheh menjadi lokasi pertempuran hebat antara tentera Jepun yang hendak ke selatan menuju Johor dan Singapura. Di jambatan inilah, pasukan tentera Australia 8 Division dan Batalion 2/30 menyerang hendap tentera Jepun. Tujuannya agar perjalanan tentera Jepun dapat diperlahankan sebelum sampai ke Singapura. Tentera Australia di bawah pimpinan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan bersiap sedia pada pagi 14 Januari 1942 meletupkan jambatan tersebut di bawah operasi musnah semua infrastuktur yang mungkin dilalui oleh tentera Jepun. Sebuah tugu peringatan bagi mengenang peristiwa tersebut telah dibina oleh bekas tentera Australia di jambatan itu.

Pembunuhan Datuk Mohamad Taha Talib[sunting | sunting sumber]

Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk.

Selepas perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim.

Nama ternama[sunting | sunting sumber]

  1. Datuk Mohamad Taha bin Talib - Mantan ADUN Gemencheh
  2. Datuk Waad bin Haji Mansur - Mantan ADUN Gemencheh
  3. Datuk Mohd Kamil bin Abd Aziz - Mantan Adun Gemencheh
  4. Tuan Haji Ahmad Maarof - Bekas Khadi dan Ulamak Gemencheh
  5. Pawang Abd Rahman bin Manjun - Pawang Gemencheh

Empangan Gemencheh[sunting | sunting sumber]

Empangan Gemencheh dibina di hulu Sungai Gemencheh dalam Rancangan Malaysia Keempat. Empangan Gemencheh dibina bagi mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di Melaka pada tahun 1991. Loji Rawatan Air Gemencheh dibina bagi membersihkan air sebelum disalurkan kepada para pengguna.

Kampung-kampung tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara kampung yang terhampir di sini ialah Kampung Ayer Hati, Kampung Pulau, Gemencheh Lama, Kampung Tanjung Melintang, Kampung Baru Gedok, Kampung Gedok, Kampung Tengah, Kampung Jelawai,Kampung Air Rawa, Kampung Sungai Kepong, Kg. Baru Sg. Kepong, Kampung Sungai Jernih (Kulu), Kampung Sungai Salah [ Kg. Sg Kepong, Kg. Air Penaga & Kg. Sg Salah dikenali juga sebagai 'KAMPUNG KULU'], Kampung Seri Asahan, Kampung Jelawai, Kampung Tanjung Melintang, Batang Melaka dan Kampung Punggor. Sebuah bandar baru telah didirikan iaitu Pusat Komersil Gemencheh (PKG).

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Taman Asahan Jaya
  • Kampung Sri Gemencheh
  • Taman Gemencheh Baru
  • Taman Melor
  • Taman Impian, Gemencheh Lama
  • Taman Dato' Mohd Taha
  • Taman Bukit Gemencheh, Gemencheh Baru
  • Taman Regent (IOI)
  • Taman YU YI, Gemencheh Lama
  • Taman Sentosa
  • Taman Okid
  • Taman Muhibbah, Gemencheh 2
  • Taman Gemencheh Heights,
  • Rumah Rakyat Gemencheh 2
  • Rumah Rakyat Kg. Tengah
  • Rumah Rakyat Gemencheh Lama
  • Rumah Rakyat Batang Rokan
  • Taman Sri Intan
  • Taman Gembira
  • Taman Merak
  • Taman Nuri
  • Taman Merak Utama

Demografi[sunting | sunting sumber]

  • Bumiputera Melayu
  • Cina
  • India

Masyarakat Melayu masih mengamalkan Adat Perpatih. Gemencheh termasuk di dalam kawasan pentadbiran adat perpatih di bawah pentadbiran Undang Johol, Masakan tradisional Gemencheh yang terkenal adalah masakan rendang maman dan masakan kari kambing. Kebanyakan kebun-kebun sayur maman banyak ditanam di kawasan kampung.

Jabatan Kerajaan / Swasta / Bank[sunting | sunting sumber]

  • Balai POLIS Gemencheh
  • Pondok POLIS Gedok, Gemencheh
  • Pusat Kesihatan Gemencheh
  • Pejabat RISDA Stesen (PRS), Gemencheh
  • POS Malaysia BHD, Gemencheh
  • Loji Rawatan Air Gemencheh (SAINS), NS
  • FELDA Bukit Rokan, Gemencheh
  • Balai Bomba Penyelamat, Gemencheh
  • FELDA Bukit Rokan(Utara), Gemencheh
  • FELDA Bukit Rokan(Barat), Gemencheh
  • FELDA Bukit Jalor, A/Kuning(Selatan), Gemencheh
  • FELCRA Ulu Rokan, Gemencheh
  • Stesen KTMB, Batang Melaka
  • Pejabat Pertanian Asahan, Gemencheh
  • LPP Kawasan (Tanggamas)
  • FAMA Gemencheh
  • Jabatan Perhutanan
  • Pejabat KEMAS Gemencheh
  • Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Majlis Daerah Tampin (MDT), Caw. Gemencheh
  • TM Caw. Gemencheh
  • Maybank, Gemencheh
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • AR-RAHNU YaPEIM-Pajak Gadai Islam, Caw. Gemencheh
  • Stesen Minyak PETRONAS, Gemencheh
  • Stesen Minyak SHELL, Gemencheh
  • Stesen Minyak PETRON, Gemencheh
  • Supermerket Pujaan Stor Sdn. Bhd.
  • Pasar Ekonomi Gemencheh, Gemencheh 2
  • GEMENCHEH GRANITE Sdn. Bhd

Pelancongan / riadah / masjid[sunting | sunting sumber]

  • Rumah WARISAN Kg. Air Rawa, Gemencheh
  • Kompleks Mini Sukan, Gemencheh 2
  • Dataran Mini Gemencheh, Kg. Tengah, Gemencheh
  • Dewan Sri Gemencheh, Gemencheh Baru
  • Masjid Jamek Asyakirin, Gemencheh Baru
  • Masjid Jamek Gemencheh Lama
  • Masjid Kg. Tengah, Gemencheh
  • Masjid Kg. Sungai Kepong
  • Masjid Kg. Air Rawa/Pulau
  • Masjid Kg. Btg. Rokan
  • Masjid Kg. Ulu Rokan
  • Masjid Kg. Sri Asahan
  • Masjid Kg. Air Gelugur, Gedok
  • Masjid Kg. Tenai
  • Masjid Kg. Sungai Dua
  • Empangan Gemencheh, Kg. Sungai Salah.
  • Taman Permainan Kok Family Park, Gemencheh Baru

Intitusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Projek perladangan / aktiviti ekonomi[sunting | sunting sumber]

  • Felda Bukit Rokan (getah)
  • Felda Bukit Rokan (Utara) (getah)
  • Felda Bukit Rokan (Barat) (getah)
  • Felda Bukit Jalor, Air Kuning (Selatan) (getah)
  • SIME DARBY Estet, Gemencheh (getah/sawit)
  • NAM BEE Estet, Air Kuning (sawit)
  • BUKIT KELEDEK Estet, Air Kuning (S)
  • Projek Tanaman Sayur Mamam, Gedok

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Anggaran jarak Gemencheh ke...
Bandar/Pekan Jarak (km)
Kuala Lumpur 148
Seremban 77
Rembau 54
Port Dickson 100
Tampin 26
Alor Gajah 36
Masjid Tanah 48
Paya Rumput 46
Sungai Udang 56
Gemas 27
Segamat 56
Kem Terendak 60

Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Ikut arah ke bandar Tampin, Negeri Sembilan. dan kemudian Gemas. Sebelum sampai ke Gemas, anda akan temui Pekan Gemencheh (26 km dari Tampin).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]