Gemilang (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gemilang
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Ismail Mustapha (bersekutu)
M. H. Noor (bersekutu)
DibintangiErra Fazira
Hans Isaac
Ning Baizura
Jalaluddin Hassan
SinematografiOmar Ismail
Jamal Maarif
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 9 April 1997 (1997-04-09) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.6 juta

Gemilang ialah sebuah filem romantik ngeri Malaysia 1997 yang diarahkan oleh Yusof Haslam dan ditayangkan pada tahun 1997. Dibintangi Erra Fazira, Hans Isaac , Ning Baizura dan Jalaluddin Hassan. Filem ini merupakan pembuatan semula filem Amerika The Bodyguard lakonan Whitney Houston dan Kevin Costner.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Gemilang merupakan cerita mengenai Julia, seorang model, pelakon dan penyanyi terkenal. Julia berada di puncak populariti. Ramai yang meminatinya, termasuk bos syarikat rakaman Julia, Encik Razlan. Yang lebih merisaukan, ada juga yang membencinya.

Selepas satu pertunjukan pada satu malam, Julia telah mendapat surat ugutan. Dia resah dan keliru akan niat orang yang menghantar surat tersebut. Pada keesokkan harinya, sewaktu pulang dari penggambaran filem, dia telah diserang oleh sebuah van yang melanggar keretanya dari belakang sehingga keretanya terbabas melanggar pokok. Julia bernasib baik kerana hanya mendapat kecederaan ringan sahaja.

Apabila Encik Razlan mendapat tahu mengenainya, dia telah mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Julia. Walaupun keberatan menerimanya, Julia terpaksa akur kerana dia juga bimbang akan keselamatan dirinya. Namun begitu, pengawal peribadi tersebut tidak dapat menghalang penyerang misteri itu dari melakukannya sekali lagi. Kali ini Julia terpaksa lari melepaskan diri apabila diserang. Julia selamat apabila dia berjumpa dengan seorang lelaki bernama Yusry. Yusry telah berjaya menghalau penjahat yang menyerangnya.

Berikutan peristiwa itu, Julia tidak mahu lagi perkhidmatan pengawal peribadi tersebut. Dia menawarkan Yusry menjadi pengawal peribadinya yang baru. Kerana bayaran yang lumayan yang ditawarkan oleh Julia, Yusry menerima. Dari situ, Yusry mengikuti Julia ke mana sahaja sebagai bodyguard. Apabila Yusry diperkenalkan kepada Rita, rakan artis Julia, Rita telah jatuh hati kepada Yusry. Rita mencuba berbagai taktik untuk menarik perhatian Yusry tetapi Yusry tidak membalasnya. Tetapi Rita telah berjaya menaikkan perasaan cemburu Julia.

Perasaan cemburu bukan sahaja pada Julia. Encik Razlan juga cemburu pada Yusry yang dia anggap merampas kasih Julia darinya dan dia cuba memikat Julia. Julia semakin keliru dan pening dengan keadaannya, terdesak dari perbuatan Razlan, terkilan dengan Yusry dan Rita, dan masih dijejak oleh orang misteri yang menghantui hidupnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Harun Hashim sebagai Syamsul, pengarah filem
  • Aimi Jarr sebagai Pengacara
  • Lazim sebagai Kaki Penjudi I
  • Deen Maidin sebagai Kaki Penjudi II
  • Radhi Khalid sebagai Komposer
  • Syed Agil sebagai Promoter
  • Putri sebagai Pembantu Rumah

Penyanyi undangan[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
    1. Skor Muzik Terbaik - Johari Teh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]