Gempa bumi Christchurch 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Christchurch 2011
Fail:Pico building corner Barbadoes Kilmore.JPG
Quake epicentre
Gempa bumi Christchurch 2011 is located in Bumi
Gempa bumi Christchurch 2011
Gempa bumi Christchurch 2011 (Bumi)
Tarikh22 Februari 2011 (2011-02-22) 12:51 NZDT
Magnitud6.3 Mw[1]
Kedalaman5 km
Koordinat43°36′S 172°43′E / 43.60°S 172.71°E / -43.60; 172.71Koordinat: 43°36′S 172°43′E / 43.60°S 172.71°E / -43.60; 172.71
near Lyttleton, Canterbury, New Zealand
Kawasan terjejasNew Zealand
Korban166 disahkan maut (7 Mac)[2][3]
Sekitar 200 hilang (7 Mac)[3]

Gempa bumi Christchurch 2011 merupakan gempa bumi dengan keluatan 6.3 skala richter yang menggoncang wilayah Canterbury, Pulau Selatan, New Zealand pada 22 Februari 2011, jam 12.51 tengah hari (7.51 pagi waktu Malaysia). Pusat gempa terletak berhampiran Lyttleton, pada kedalaman 5 kilometer. Bandar utama yang rosak teruk ialah Christchurch yang terletak di tepi pantai. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand. Sebelum ini gempa bumi telah berlaku di sini pada 4 September 2010.

Sekurang-kurangnya 166 orang disahkan mati dan 200 lagi hilang tepat pada 7 Mac 2011,[2]. Perdana Menteri John Key menggelar 22 Februari sebagai "hari yang paling malang di New Zealand". Kerajaan New Zealand telah mengisytiharkan darurat buat kali pertama di New Zealand, dalam malapetaka paling dahsyat di negara itu dalam tempoh 80 tahun.[4] Datuk Bandar Christchurch menggambarkan bandar raya yang mempunyai hampir 400,000 penduduk ini sebagai zon perang. Pada 1931, 256 maut ketika gempa bumi di bandar Napier, North Island.

Gegaran kecil turut dirasai di Kolej Universiti MAHSA , Damansara, di tengah-tengah Kuala Lumpur.[5] Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail menyatakan gegaran berlaku pada 12.45 tengah hari.

Kemusnahan[sunting | sunting sumber]

80 % bandar terputus bekalan elektrik dan telekomunikasi. Tahap kecemasan pada tahap 3. Jalan raya terjungkit atau retak dan memusnahkan kenderaan yang melaluinya. Bekalan air paip dan sistem air buangan turut rosak.

Bangunan-bangunan di Cathedral Square di tengah Christchurch runtuh sebahagian atau keseluruhannya. Antaranya ialah gereja Christchurch Cathedral yang kelihatan patah. Hospital Christchurch turut dikosongkan sementara bimbang akan runtuh, namun dibuka semula kemudiannya. Bangunan Canterbury Television (CTV) dan Canterbury Provincial Chambers turut runtuh. Begitu juga bangunan Pyne Gould Corporation turut runtuh dan 200 pekerja di dalamnya terperangkap.

Kira-kira 30 juta tan ketulan ais dari Glasiar Tasman runtuh dan masuk ke dalam Tasik Tasman, kira-kira 200 km dari titik pusat gempa. Ia turut menghentam sebuah bot dengan ombak 3.5 meter tinggi. Perkhidmatan TranzAlpine di Greymouth dan TranzCoastal di Picton dibatalkan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch ditutup kepada semua penerbangan.

Sekitar 950 ditempatkan di dua pusat penempatan sementara di Hagley Park dan Burnside High School. Mereka dibekalkan dengan selimut, makanan, sanitasi. 6 buah sekolah akan digunakan untuk agihan air bersih. Tangki air akan ditempatkan di sekolah di Lyttelton, Redcliffs, New South Brighton, Shirley, Wainoni dan Phillipstown. [6]

Auckland City Hospital membatalkan semua pembedahan pilihan bagi memberi tumpuan kepada kecemasan. Tentera dari Kem Tentera Burham yang terletak sekitar 30 km selatan Christchurch turut dikerah memberi bantuan.Begitu juga 3 kapal marin di Lyttelton. Pasukan menyelamat yang cedera ditempatkan di Latimer Square, Canterbury University and kilang Sanitarium di Papanui.[7]

Pasukan bantuan[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri New Zealand, John Key mengerahkan pasukan pertahanan awam bertindak memberi bantuan kecemasan. Antaranya ialah Palang Merah New Zealand dan Pasukan Cari dan Selamat Bandar. Tumpuan pasukan mencari adalah pada 10 bangunan utama yang runtuh.

Negara Australia telah menghantar pasukan bantuan terutama pasukan mencari , menyelamat dan kecemasan dari New South Wales. Mereka pergi dengan RAAF C-130 Hercules menuju ke Christchurch. Menteri Luar Australia, Kevin Rudd menyatakan pasukan kedua turut dihantar ke sana membawa pelbagai peralatan. Perdana Menteri Australia Julia Gillard berjanji akan menghantar apa jua bantuan yang diperlukan oleh John Key.

Negara Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Taiwan, Israel, Kanada, United Kingdom, PBB dan Kesatuan Eropah turut menawarkan bantuan.

Timbalan Menteri Luar Malaysia, Senator A. Kohilan Pillay terbang ke Christchurch untuk meninjau keperluan dan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di bandar itu.[8]Seramai 390 pelajar Malaysia berada di Christchurch .[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]