Gempa bumi Canterbury 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Canterbury 2010
Gempa bumi Canterbury 2010 yang terletak di New Zealand<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
Pusat gempa
Tarikh 4 September 2010 (2010-09-04) 04:35 NZST
(16:35 UTC 3 September)
Magnitud 7.1 Mw[1][2]
Kedalaman 10 km (6.2 bt)[2]
Lokasi pusat gempa 43°33′S 172°11′T / 43.55°S 172.18°T / -43.55; 172.18Koordinat: 43°33′S 172°11′T / 43.55°S 172.18°T / -43.55; 172.18, near Darfield, Canterbury, New Zealand
Negara/kawasan yang terjejas Bendera New Zealand New Zealand
Keamatan maksimum MM 9[3]
Mangsa 1 kematian akibat serangan jantung, 2 cedera parah, kira-kira 100 kecederaan lain[4]

Gempa bumi Canterbury 2010 (juga gempa bumi Darfield[5] dan gempa bumi Christchurch) adalah sebuah gempa bumi bermagnitud 7.1[1][2] yang melanda Pulau Selatan New Zealand pada 4:35 am, 4 September 2010 waktu tempatan (16:35 3 September UTC),[1] dan mengakibatkan kemusnahan berleluasa dan gangguan bekalan elektrik, khususnya di bandaraya Christchurch.[4][6]

Pusat gempa terletak 40 kilometer (25 bt) di barat Christchurch,[5] berhampiran pekan Darfield. Hipopusatnya sedalam 10 km.[1] Gegaran terdahulu bermagnitud kira-kira 5.8 melanda lima saat sebelum gempa utama,[7] disusuli laporan gegaran susulan[4][8] sekuat magnitud 5.4.[9] Gempa mula-mulanya melanda selama lebih kurang 40 saat,[6] dan terasa di seluruh Pulau Selatan, dan juga ke utara sejauh New Plymouth di Pulau Utara.[10]

Pusat Pengurusan Krisis Negara di aras bawah tanah bangunan Beehive di Wellington diaktifkan, sementara pihak Pertahanan Awam mengisytiharkan darurat di Christchurch, Daerah Selwyn, dan Daerah Waimakariri[11] manakala Daerah Selwyn, Waimakariri dan Timaru turut menghidupkan pusat-pusat operasi kecemasan masing-masing.[12] Perintah berkurung berkuatkuasa di beberapa bahagian Bandaraya Pusat Christchurch dari 7:00 malam hingga 7:00 pagi berikutan gempa bumi.[13] Disebabkan pusat gempa terletak di daratan yang jauh dari pinggir pantai, tiada tsunami terjadi.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "New Zealand earthquake report - Sep 4, 2010 at 4:35 am (NZST)". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. http://www.geonet.org.nz/earthquake/quakes/3366146g.html. Capaian 4 September 2010. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Magnitude 7.0 - South Island of New Zealand: Details". United States Geological Survey. 3 September 2010. http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/us2010atbj.php. Capaian 3 September 2010. 
  3. "New Zealand earthquake report - Sep 4 2010 at 4:35 am (NZST) - Quake Maps". GeoNet. Earthquake Commission dan GNS Science. 4 September 2010. http://www.geonet.org.nz/earthquake/quakes/3366146g-maps.html. Capaian 5 September 2010. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Massive 7.4 quake hits South Island", Stuff.co.nz, 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010. 
  5. 5.0 5.1 5.2 "Sep 4, 2010 - Darfield earthquake damages Canterbury". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. http://www.geonet.org.nz/news/article-sep-4-2010-christchurch-earthquake.html. Capaian 4 September 2010. 
  6. 6.0 6.1 "Strong earthquake rocks New Zealand's South Island", BBC News, 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010. 
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 3_quakes.3F tidak disediakan
  8. "New Zealand Earthquake 2010: Strong Quake Shakes Christchurch". The Huffington Post. 3 September 2010. http://www.huffingtonpost.com/2010/09/03/new-zealand-earthquake-20_n_705040.html. Capaian 3 September 2010. 
  9. "New Zealand Earthquake Report - Sep 4 2010 at 4:55 pm (NZST)". GeoNet. 4 September 2010. http://www.geonet.org.nz/earthquake/quakes/3366452g.html. Capaian 4 September 2010. 
  10. Van Der Heide, Maike (4 September 2010). "Marlborough, Kaikoura escape worst of quake". The Marlborough Express. http://www.stuff.co.nz/marlborough-express/news/4096260/Marlborough-Kaikoura-escape-worst-of-quake. Capaian 4 September 2010. 
  11. "State of emergency declared in Canterbury". Radio New Zealand. September 4, 2010. http://www.radionz.co.nz/news/christchurch-earthquake/55960/state-of-emergency-declared-in-canterbury. Capaian 4 September 2010. 948
  12. "Latest updates: Canterbury earthquake | National News". Tvnz.co.nz. http://tvnz.co.nz/national-news/latest-updates-canterbury-earthquake-3759958. Capaian 4 September 2010. 
  13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan curfew tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]