Gempa bumi Myanmar 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Myanmar 2011
Gempa bumi Myanmar 2011 is located in Bumi
Gempa bumi Myanmar 2011
Gempa bumi Myanmar 2011 (Bumi)
Tarikh20:25:23, 24 Mac 2011 (+06:30) (2011-03-24T20:25:23+06:30)
Durasi1 minit
Magnitud6.8 Mw
Kedalaman10 km (6.21 bt)
Koordinat20°42′18″N 99°56′56″E / 20.705°N 99.949°E / 20.705; 99.949Koordinat: 20°42′18″N 99°56′56″E / 20.705°N 99.949°E / 20.705; 99.949
Kawasan terjejasMyanmar, Thailand, Laos, China, Vietnam
Keamatan maksimumMercalli IX
KorbanSekurang-kurangnya 75 terbunuh, 111+ cedera [1]

Pada 24 Mac 2011, berlakunya sebuah gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berpusat di bahagian timur Negeri Shan di Myanmar yang hipopusatnya sedalam 10 km.[2] Ia disusuli oleh tiga kejutan lanjur yang masing-masing bermagnitud 4.8, 5.4[3] dan 5.0. Pusat gempa terletak 70 batu (110 km) dari bandaraya Chiang Rai di Thailand, di utara Mae Sai dan tenggara Kentung.[4]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Peta gempa bumi USGS yang menunjukkan keamatan gempa.

Gempa bumi ini berlaku di sebuah kawasan yang bertektonik rumit kesan perlanggaran yang berterusan antara Plat Indo-Australia yang bergerak ke arah utara dan Plat Eurasia; pertembungan inilah yang membuahkan pergunungan Arakan Yoma. Dalam zon pelanggaran yang amat miring ini, kebanyakan pergerakan dibantu oleh sesar Sagaing yang berarah aliran utara-selatan, sebatang sesar gelinciran jurus menganan besar yang melalui bahagian barat dan tengan Myanmar. Saki-baki komponen pemendekan yang merentasi zon ini menyebabkan canggaan teragih di Myanmar timur dan Thailand yang menjangkau ke Laos. Canggaan ini juga dibantu oleh seperanggu sesar gelinciran jurus mengiri yang berarah aliran barat daya-timur laut.[2] Sesar-sesar yang terdekat dengan pusat gempa ialah Mae Chan dan Nam Ma.[5] Mekanisme fokus gempa ini sejajar dengan pergerakan mengiri pada salah satu sesar ini,[2] jauh dari zon aktiviti seismik yang utama di Myanmar.[6] Gempa-gempa besar yang lain di kawasan berkenaan termasuk gempa bumi Yunnan 2011 dan gempa bumi Laos 2007.[7]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Laporan awal mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh (termasuk seorang kanak-kanak) oleh tanah runtuh akibat gempa di pekan Tachileik dan Tarpin di Negeri Shan, bahagian timur laut Myanmar.[8] Seorang lagi terbunuh di Mae Sai, Thailand, dekat sempadan Myanmar.[9]

Selepas matahari terbit, jumlah korban meningkat ke 24 orang di Myanmar, selain seorang yang maut di Thailand. Para pegawai memberikan amaran bahawa jumlah kematian akan meningkat.[10] Kemudian, jumlah yang maut naik kepada 74 di Myanmar dan 1 di Thailand,[11][12] manakala 111 orang cedera. Di Tarlay yang terletak di antara Tachileik dan Mong Hpyak, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 130 rumah musnah. Anjakan tegak beramblesen 1.5 meter diperhatikan di kawasan ini.[13]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Pengosongan bangunan tinggi buat sementara berlaku di Chiang Rai, Kaunti Menghai di Yunnan, Nanning di Guangxi, dan Hanoi, Vietnam.[14][15] Sebatang jambatan dilaporkan runtuh di Myanmar.[16] Sejumlah 390 tempat tinggal, 14 biara dan 9 bangunan kerajaan musnah, termasuk 128 rumah yang ranap di Monglin.[17] Menurut data keterdedahan penduduk oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat, jumlah nilai kerugian akibat gempa bumi mungkin hampir AS$ $100 juta.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Powerful quake in NE Myanmar kills more than 70". The Associated Press. 25 Mac 2011. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  2. ^ a b c Magnitude 6.8 – MYANMAR
  3. ^ Earthquakes, USGS. "Magnitude 5.4 – MYANMAR". United States Geological Survey. Earthquake Hazards Program. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-31. Dicapai pada March 24, 2011.
  4. ^ "North-east Burma hit by two 7.0 magnitude earthquakes". BBC. 24 Mac 2011. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  5. ^ Morley, C.K. (2007). "Variations in Late Cenozoic–Recent strike-slip and oblique-extensional geometries, within Indochina: The influence of pre-existing fabrics". Journal of Structural Geology. 29 (1). doi:10.1016/j.jsg.2006.07.003. Dicapai pada 25 March 2011.
  6. ^ Hazard Risk Profile, ASEAN. "Earthquake". Post Nargis Knowledge Management Portal. Disaster Risk Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-04. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  7. ^ USGS, May 16, 2007. "M6.3 – Laos". United States Geological Survey. Did You Feel It?. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  8. ^ Yan, Xinhuanet (25 Mac 2011). "At least 10 killed in 7.0-magnitude quake in Myanmar". Xinhua. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  9. ^ News, BNO (24 Mac 2011). "Powerful earthquake rocks Myanmar, deaths reported". Channel 6 News Thailand. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  10. ^ Reuters, TVNZ (25 Mac 2011). "Myanmar quake toll rises to 25". TVNZ. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  11. ^ Reuters, JPost (25 Mac 2011). "Quake kills 74 in Myanmar, aftershock rattles Thailand". The Jerusalem Post. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  12. ^ Asia, World (25 Mac 2011). "At least 75 killed in Burma quake: officials". Bangkok Post. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  13. ^ Zhang, Xiang (25 Mac 2011). "40 killed in Tarlay in Myanmar quake". Xinhua. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  14. ^ AFP, South Asia (25 Mac 2011). "Two dead as strong quake hits Myanmar: Officials". The Straits Times. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  15. ^ "Myanmar quake rocks part of south China". Xinhua. Xinhuanet. 25 Mac 2011. Dicapai pada 24 Mac 2011.
  16. ^ Htay, Hla Hla (March 25, 2011). y.com.au/breaking-news-world/two-dead-as-strong-quake-hits-burma-20110325-1c8ra.html "Two dead as strong quake hits Burma" Check |url= value (bantuan). WA today. Dicapai pada March 24, 2011.[pautan mati kekal]
  17. ^ Fang, Yang (25 Mac 2011). "Death toll of Myanmar's earthquake rises to 74, 111 people injured". Xinhua. Dicapai pada 25 March 2011.
  18. ^ Earthquakes, USGS. "PAGER – M 6.8 – MYANMAR". United States Geological Survey. PAGER. Dicapai pada 25 Mac 2011.