Gen cairan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gen cairan merupakan istilah umum bagi suatu gen yang bertindak untuk menyebabkan warna bulu yang lebih cerah (cair) pada makhluk hidup.

Warna bulu cair mempunyai melanosit tetapi berbeza dengan warna gelap kerana kepekatan atau jenis sel yang menghasilkan pigmen ini, bukan ketiadaannya. Pencairan pigmen atau hipomelanism ada banyak jenisnya, iaitu leusisme, kebalaran (sempurna, saksama, atau cair), kepudaran, kepucatan, dan isabelinisme.[1]

  • Kebalaran adalah keadaan yang mana tiadanya pigmen warna
  • Leusisme adalah keadaan yang menyebabkan kehilangan sel pigmen

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Davis, Jeff N. (September/October 2007). "Color Abnormalities in Birds". Birding (American Birding Association) 39 (5).