Gen dun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bay dun, ataupun dun "klasik" atau "zebra"
Dun biru atau grullo

Gen dun merupakan gen cairan yang mempengaruhi pigmen merah dan hitam sekali pada warna bulu kuda. Gen dun mampu sedikit sebanyak mempengaruhi rupa semua kuda berwarna asas hitam, bay, atau chestnut dengan mencerahkan warna bulu badan asas sambil menindas warna asas dasar pada surai, ekor, kaki, dan "tompok-tompok primitif".

Dun klasik merupakan warna coklat kekelabuan yang bercirikan warna badan yang berjulatkan kuning pasir ke coklat kemerahan. Kuda dun semestinya ada sebatang jalur gelap di sepanjang spinanya, ekor dan surai yang lebih gelap warnya daripada badan, serta muka dan kaki yang lebih gelap selalunya. Kuda dun lain mungkin berwarna seakan-akan kuning cerah atau kelabu keluli, bergantung pada genetik warna bulu yang tersirat. Surai, ekor, tompok primitif, dan lain-lain anggota gelap biasanya berwarna bulu asas tak cair.

Alel dun adalah dominan ringkas, maka fenotip kuda dengan satu atau dua salinan gen tersebut dikira dun. Kesannya lebih kuat daripada gen cairan yang lain, misalnya silver dapple yang bertindak ke atas bulu asas hitam sahaja, atau gen krim iaitu dominan tak lengkap yang mestilah homozigot untuk diungkapkan sepenuhnya, kerana jika heterozigot maka hanya tampak pada bulu bay dan chestnut, malah pada takat yang lebih rendah.[1]

Gen dun juga bercirikan tompok primitif yang lebih gelap daripada warna keseluruhan bulu, antaranya:

  • Jalur dorsal (jalur yang menjangkau sepanjang spina), terdapat pada hampir semua kuda dun
  • Bebelang mengufuk di belakang kaki depan, walaupun adakalanya agak pudar
  • Belang tulang kipas, yang paling kurang kerap ditemui

Belabng dorsal tidak menjamin bahawa kuda itu membawa gen dun. Gen lawan penggelapan juga mampu menghasilkan belang dorsal yang pudar, walaupun pada baka-baka seperti kuda Arab atau Belima, yang mana tidak diketahui sebarang gen dun dalam takung gennya. Salah satu sifat utama gen dun adalah jalur dorsal, malah kebayakan duns juga tampak dengan belang-belang di kaki. Belang bahunya tidak sebegitu ketara dan selalunya lebih pudar, tetapi biasanya tampak pada kuda yang lebih jarang bulunya ketika musim panas.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Dun Zygosity Test." Veterinary Genetics Lab, University of California, Davis. Web page accessed December 4, 2009