Gendang Tabur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gendang Tabur ialah sejenis alat muzik tradisional Brunei yang digunakan beberapa puak yang menetap di Negara Brunei Darussalam seperti Melayu (Brunei), Kedayan, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Murut.

Fungsi Gendang Tabur ialah untuk mengatur rentak megikut dari pukulan si pemain. Pelbagai cara pukulan yang tertentu yang akan dipukul dan disertai oleh tingkahnya.

Ia dimainkan mengiringi pelbagai acara seperti majlis adat ataupun persembahan bercorak kebudayaan, contohnya tarian Zapin. Ia akan indah jika ditemani dengan alat muzik yang lain sepeti gulingtangan, tar, rebana, gambus, gong, canang, gendang labik sebagai peningkah dan biola.