Geneon Entertainment
Geneon Entertainment, Inc. (ジェネオン エンタテインメント株式会社 Jeneon Entateinmento Kabushiki-gaisha?) (asalnya dikenali sebagai Pioneer Entertainment, atau Pioneer LDC - Pioneer LaserDisc Company, bekas anak syarikat Pioneer) ialah sebuah syarikat perusahaan dan pengedaran anime Jepun dan hiburan rumah. Geneon telah terbabit dalam pengedaran dan penghasilan beberapa judul anime di Jepun. Cawangan Geneon di Amerika Utara berperanan dalam menterjemah dan mengedar barangan berkaitan dengan anime, misalnya seperti soundtrack, di kawasan tersebut. Geneon merupakan kata lakur kata-kata generate dan eon dalam bahasa Inggeris.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Pertubuhan asalnya, iaitu Pioneer LDC, telah ditukar nama kepada nama Geneon setelah berlakunya pengambilalihan oleh Dentsu pada bulan Julai 2003.[1] Ibu syarikat Geneon merupakan Dentsu, iaitu sebuah syarikat berdasarkan pengiklanan dan hiburan, disenarai pada Bursa Saham Tokyo. Syarikat Geneon telah menghasilkan beberapa siri anime di Jepun serta beberapa buah filem dan siri televisyen.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Dentsu acquires Pioneer". 2003-07-21. http://www.animenewsnetwork.com/news/2003-07-21/dentsu-acquires-pioneer. Capaian 2007-09-16.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Jepun) Laman web rasmi Geneon
- (Inggeris) Laman web rasmi Geneon USA
- (Inggeris) Geneon Entertainment di Ensiklopedia Anime News Network
- (Inggeris) Geneon Entertainment di Ensiklopedia Anime News Network
