Genie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Genie
Paradigma berbilang paradigma: imperatif, berstruktur, berorientasi objek
Muncul pada 2008 (2008)
Direka oleh Jamie McCracken
Pembangun Projek GNOME
Lepasan stabil 0.11.0 (Oktober 4, 2010; 3 tahun yang dahulu (2010-10-04))
Disiplin penjenisan statik, kuat
Dipengaruhi Python, Boo, D, Object Pascal
OS Rentas pelantar (setiap pelantar yang disokong GLib)
Lesen LGPL 2.1+
Sambugan fail biasa .gs
Laman web live.gnome.org/Genie

Genie ialah sebuah bahasa pengaturcaraan berasaskan GObject. Bahasa ini tidak dikompilkan terus kepada kod perduaan sebaliknya diterjemahkan kepada C terlebih dahulu kemudian dikompilkan menggunakan pengkompil tempatan, contohnya gcc dalam Linux. Ciri ini membolehkan Genie menggunakan pustaka-pustaka C yang tersedia tanpa perlu diwujudkan ikatan bahasa untuknya. Sintaks bagi Genie amat menyerupai Python.

Genie menggunakan sambungan fail .gs

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Seperti Python, setiap blok kod ditentukan dengan pengindenan. Inden dalam Genie secara lalai hanya menerima tab. Untuk mengubah tetapan ini, pengatur cara perlu meletakkan attribut indent pada permulaan fail. Contohnya, untuk menggunakan empat aksara ruang bagi menggantikan tab, kod berikut digunakan:

[indent=4]

Aliran kawalan[sunting | sunting sumber]

Pilihan[sunting | sunting sumber]

if else
if a > 3
	print "a lebih daripada tiga."
else if a is 3
	print "a sama dengan tiga."
else
	print "a kurang daripada tiga."
case
case a
	when 0,1,2
		print "a kurang daripada tiga."
	when 3
		print "a sama dengan tiga."
	default
		print "a lebih daripada tiga."

Gelung[sunting | sunting sumber]

for
for var i = 0 to 10
	print "i ialah %d", i
while
while a < b
	a++;

Contoh[sunting | sunting sumber]

"Hello world"[sunting | sunting sumber]

[indent=4]
init
    print "Hello, World"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]