Genting Gaza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semenanjung Gaza
سمننجوڠ ڬز
Gaza
قطاع غزة Qiṭāʿ Ġazza
רצועת עזה Retzu'at 'Azza
Bandar terbesar Gaza
Bahasa rasmi Bahasa Arab, Ibrani
Kerajaan Kerajaan pimpinan Hamas
 -  Presiden Mahmoud Abbas
 -  Perdana Menteri Ismail Haniyeh
Organisasi September 13, 1993 Perjanjian Oslo
 -  Ditandatangani PA telah mengambil pentadbiran pada bulan Mei 1994; kawal sepenuhnya pada bulan September 2005; Kawalan Hamas semenjak 2007 (Israel masih mengawal Ruang udara dan keluar masuk pesisiran maritim
Kawasan
 -  Jumlah 360 km2 ([[Senarai negara mengikut jumlah keluasan|ke-165 (bersama Palestin)]])
139 sq mi 
Populasi
 -  Julai 2007 (anggaran) 1,481,080 (ke-149)
 -  (anggaran) 9, 520
 -  Kepadatan 4,118/km2 (ke-6)
10,665/sq mi
KDNK (PPP) anggaran
 -  Jumlah $770 juta (ke-160)
 -  Per kapita $600 (ke-167)
Mata wang Paun Mesir (de facto)
Sheqel (PSS)
Zon waktu (UTC+2)
 -  Musim panas (DST)  (UTC+3)
Kod panggilan 970

Genting Gaza juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza (Bahasa Arab: قطاع غزةQiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, Bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Mediterranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebangkitan Hamas[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israil ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.

Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman pada jalur Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.

Pada Januari 2006, pihak Palestin, dengan sokongan pentakbiran Bush, mengadakan pilihan raya legislaf. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.

Pentakbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.[2]

Abbas kemudiannya mengistihar Hamas sebagai pergerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.[3]

Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap Israel.

Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008. [4]Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai objektif mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap Israel.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]